Home Klik Di Bawah

Ahad, 5 Februari 2012

DUNIA SEBENARNYA TEMPAT PERSINGGAHAN.


Tazkirah pagi.......

Berapa ramai manusia yang hanyut kerana duniawi; mereka terus berkhayal,umur yang semakin meningkat tidak dihiraukan sehinggakan hidup mereka hampa dan merugikan.

Begitulah apabila hati sudah ‘jatuh hati’ dengan dunia sehingga melupakan akhirat. Kita semua mengetahui, kesempatan hidup di dunia ini hanya sementara.

Janganlah nafsu dunia saja di turutkan kerana pada satu masa nanti kita pasti akan ‘berpisah’ dengannya. Kematian, berlaku setiap hari malah mungkin ada di kalangan kaum keluarga, sanak saudara atau teman rapat kita sudah dijemput menghadap Ilahi.

Bermakna urusan mereka di dunia ini sudah selesai. Yang terus subur ialah amalan yang mereka lakukan ketika hidup dulu; jika baik mereka pasti ‘pulang’ dengan aman dan mendapat keuntungan.

Kehidupan di dunia sebenarnya tempat persinggahan sementara untuk manusia mengutip bekalan secukupnya sebelum menuju ke destinasi terakhir dan kekal abadi iaitu akhirat.

Imam Al-Ghazali berpesan: 
“Ketahuilah bahawasanya dunia ini adalah tempat singgah untuk sementara waktu, bukan tempat tinggal yang sebenarnya, sedangkan manusia di dalamnya selaku musafir yang sedang berkelana. Awal pertama manusia singgah dalam perut ibunya, dan yang terakhir manusia singgah di liang kubur."
Manusia masih dalam perjalanan, dan yang dituju adalah kampung halaman yang kekal, iaitu (kampung akhirat).

Kebahagiaan di akhirat tidak mungkin dinikmati tanpa melakukan amalan baik ketika di dunia seperti menafkahkan harta di jalan Allah, bersedekah, berzakat serta melaksanakan ibadah wajib seperti solat.

Umat Islam perlu sentiasa berwaspada agar tidak berlaku pengabaian antara kedua-dua tuntutan berkenaan dalam kehidupan seharian.

Sebagai iktibar, pada zaman Nabi Musa ada seorang lelaki yang kaya raya bernama Qarun. Dia adalah manusia yang sangat bakhil serta derhaka terhadap perintah Allah SWT sehingga hartanya yang banyak itu tidak sedikit pun mendatangkan manfaat dalam hidupnya.

Di dalam Al-Quran disebutkan mengenai kekayaan Qarun; dia seorang yang berlagak di hadapan orang ramai malah ramai yang ingin menjadi sepertinya dengan memiliki rumah besar serba indah dengan perkakasan mewah serta pakaian yang indah-indah.

Disebabkan sifat bakhil yang menebal dalam dirinya itu menghalang dia daripada berzakat untuk diberikan kepada mereka yang berhak.

Dia menyangka seolah-olah akan kekal dengan kekayaannya itu dan terus bersikap sombong.

Qarun lupa kekayaan yang dimilikinya itu adalah kurniaan Allah. Akhirnya Qarun diseksa oleh Allah dengan rumah serta hartanya terkubur sekali bersama. Allah SWT berfirman yang bermaksud: 
“Kemudian Kami benamkan Qarun itu berserta rumahnya ke dalam tanah, maka tiada satu kaum yang dapat menolongnya selain dari Allah, sedang ia tidak mendapat pertolongan apa-apa.” (Surah Al-Qashash ayat 81).
Ketahuilah apabila kita ditimpa penyakit, itu sebenarnya kita sedang diuji dengan kesabaran dan reda. Begitu juga apabila kita hidup dalam kesusahan, kita sedang diuji dengan kekufuran dan jika menjadi kita kaya raya, ingatlah itu bentuk ujian bagi melihat sama ada kita bersyukur, dan kuat bersedekah atau hidup dalam kesombongan.

Umat Islam perlu sentiasa berwaspada agar tidak berlaku pengabaian antara kedua-dua tuntutan berkenaan dalam kehidupan seharian.

Takrifan kepada kehidupan dunia ialah setiap perkara yang manusia nikmati secara sekarang manakala syurga adalah penghidupan selepas mati.

“Sememangnya dunia begitu dekat dengan manusia. Syurga pula perkara kemudian yang tidak nampak dengan mata kasar manusia tetapi di dalamnya penuh dengan kelazatan dan kenikmatan.

“Dunia adalah mazratul akhirat (jambatan menuju akhirat). Amalan manusia di dunia akan menentukan nasib di akhirat sama ada mereka menuju ke syurga atau neraka,”

Manusia barangkali berebut-rebut melakukan amalan soleh jika dapat mengetahui serta memeriksa baki dalam akaun simpanan mereka.

Sudah tentu kita akan gembira apabila mendapati jumlah wang terkumpul di dalam akaun simpanan kita meskipun tidak dapat menggunakannya lagi.

Jika Allah memberi peluang kepada kita ‘menyemak’ pahala seperti itu sudah tentu kita mengetahui banyak mana amalan yang sudah kita dilakukan selama ini,” katanya.

Untuk sampai ke syurga sememangnya manusia akan terus diuji dengan pelbagai cabaran.

Benar, manusia akan berasa kehilangan apabila mereka jauh dengan dunia. Allah  SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 155 hingga 157 yang bermaksud:
“Sesungguhnya Kami uji manusia itu dengan bermacam-macam ujian, adakalanya dengan ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, kematian dan kekurangan buah-buahan, berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar atas cubaan itu. Iaitu orang-orang yang ditimpa musibah (malapetaka) mereka berkata:
“Sesungguhnya kami ini kepunyaan Allah dan akan kembali kepada-Nya, untuk mereka rahmat dari Tuhannya serta anugerah dan mereka itu mendapat petunjuk.”
Jelas kepada kita ujian yang didatangkan kepada kita memang payah untuk melaksanakannya kerana agama ini sifatnya berlawanan dengan nafsu. 

Jadi untuk menjadi seorang yang baik, berdamping dan duduklah sekali dengan mereka yang suka melakukan kebaikan.

Di dalam Al-Quran terdapat sebanyak 115 kali perkataan dunia dan akhirat dinyatakan.

Perlu ada keseimbangan antara dunia dan akhirat namun Islam meletakkan akhirat terlebih dahulu. Dalam Surah Al-Qashash ayat 77 yang bermaksud: 
“Dan carilah apa yang dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) kampung akhirat, dan jangan kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada manusia), sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu dan janganlah kamu berbuat bencana di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak mengasihi orang-orang yang berbuat bencana.”
Sebab itu, setiap kali bangun daripada tidur kita perlu menyoal beberapa soalan iaitu siapa diri kita, untuk apa kita berada di dunia ini dan ke mana kita akan pergi selepas ini,” katanya.

Anak muda terutamanya perlu sentiasa mendidik hati mereka dengan kecintaan terhadap penghidupan akhirat.

“Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 
“Dua nikmat yang manusia sering lupa dan alpa ialah kesihatan dan waktu atau usia yang Allah berikan. (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Ujian terhadap orang muda ialah mereka tidak ada rasa tanggungjawab sehingga menyebabkan matinya perasaan. Mereka perlu segera bangkit dan sedar kenapa mereka lahir sebagai seorang Muslim?

Jangan terus hanyut dengan masalah sosial serta mengamalkan hiburan secara berlebihan kerana sekarang orang bukan Islam melihat orang Islam tidak berakhlak.

Jadilah seperti Usamah Zaid, Fatimah Az-Zahrah dan Mus’ab Umair yang menjadi individu penting yang memperjuangkan Islam.

resepirahsiaku

Tiada ulasan:

Catat Ulasan