Home Klik Di Bawah

Sabtu, 4 Februari 2012

Mai Ulangkaji Sejarah - Fakta Negara Yang Mungkin Anda Tak Tahu



Banyak fakta di Malaysia ini yang kita langsung tak tahu. Samada fakta sejarah atau fakta am. Oleh itu, ada sedikit fakta yang mungkin anda tak tahu dan kini anda boleh ambil tahu.

Ke manakah Proton pertama kali dieksport?
Ke Bangladesh, iaitu 25 kereta pada 1986.

Siapakah Putera Kedah pertama yang memperolehi ijazah dari universiti di Britain?
Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj. Beliau mendapat ijazah Sarjana Muda dari Kolej St Catherine, Cambridge.

Bilakah LIMA diperkenalkan di Malaysia?
LIMA, atau Pameran International Maritime & Aerospace, diperkenal pada 1991, sebagai promosi pelancongan dan penerbangan di Pulau Langkawi.

Di manakah dan bilakah penyu Belimbing terpanjang pernah dijumpai?
Rantau Abang, Terengganu sepanjang 1.75 meter (karapas) pada 1992.

Apakah keistimewaan Dataran Fort Cornwallis di Pulau Pinang?
Di situ terdapatnya Meriam Seri Rambai, meriam tertua di Malaysia sejak 1881.

Siapakah pengkaji purba wanita pertama negara?
Professor Madya Dr. Zuraini Majid. Beliau menemui rangka manusia yang dianggarkan berusia 2,000 tahun.

Bilakah negara mempunyai hakim wanita pertama?
Hakim wanita pertama negara ialah Siti Norma Yaacob, dilantik pada 1988.

Siapakah bintang bola sepak yang pernah dianggap `striker paling digeruni di Asia'?
Allahyarham Mokhtar Dahari. `Supermokh' juga merupakan bintang bola sepak pertama menerima Anugerah Sukan Negara.

Bunga apakah yang paling besar di dunia dan di mana ia didapati?
Bunga Rafflesia. Ia hanya terdapat di Malaysia dan merupakan jenis tumbuhan flora yang istimewa di negara ini.

Apakah nama pelabuhan pertama di Malaysia?
Pelabuhan Kelang, 40 km dari Kuala Lumpur dengan nama asalnya Port Swettenham.

Siapakah pendaki gunung paling muda pada 80-an?
Wong Pik Yuet mendaki Gunung Murud, Sarawak (7,950) ketika berusia lima tahun.

Bila Penerbangan Malaysia melancarkan penerbangan pertamanya ke New York?
Pada 12 April 1998.

Bila Menara Berkembar Petronas siap dibina?
Menara Berkembar Petronas terletak di antara Jalan P Ramlee dan Jalan Ampang. Ia siap dibina pada Februari 1996.

zonfiniti

Tiada ulasan:

Catat Ulasan