Home Klik Di Bawah

Khamis, 16 Februari 2012

Makna Di Sebalik Kata-Kata Perempuan


Apakah rahsia di sebalik kata-kata wanita ? Setiap kata-kata wanita mesti ada makna di sebaliknya.. Jom kita fikirkan bersama..Makna tersembunyi di sebalik kata-kata perempuan :
1. Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi : Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?
.
2. Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi : Jom pi makan. Lapar ni!
.
3. Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi : Belikanlah untuk I.
.
4. Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi : Tolong picit kepala.
.
5. Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi…
Makna tersembunyi : Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.
.
6. Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi : I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?
.
7. Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik,memahami bla bla bla…
Makna tersembunyi : Hish… I rasa macam minat sesangat kat you. Rasa macam nak jadi awek you je.
.
8. Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi : Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.
.
9. Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi : Amboi! Aku kena berkorban. Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.
.
10. Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil. Ape yg `dia’ dapat i pun dapat..
Makna tersembunyi : Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.
shauqiafhrah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan