Home Klik Di Bawah

Sabtu, 4 Februari 2012

Panduan Terbaik Membeli Rumah Pertama Kali

Setiap kita yang sudah berkejaya pasti akan mengimpikan untuk memiliki sebuah rumah idaman, tapi tahukah anda terdapat beberapa tip terbaik untuk pembeli rumah kali pertama.
                                         
 

Beli Rumah Baru
 
1. Membeli rumah buat kali pertama adalah satu saat terindah pada diri kita. Ketika itu mungkin anda mencari dan menunggu harga hartanah jatuh keparas yang rendah sebelum kadar faedah pinjaman bank mula kembali naik dan sekaligus memusnahkan impian anda untuk membuat pinjaman.
 
Bagaimana memilih pinjaman? bergantung pada saiz deposit yang anda peruntukkan. Jika cukup besar saiz deposit anda maka boleh la anda memilih kadar pinjaman tetap (fixed rate) semasa kadar faedah kita sedang rendah. Jika deposit anda kurang, nasihat saya pergi ke pinjaman mengikut BLR. Kenapa? Kepada pendeposit besar. Tindakan ini menunjukkan mereka benar-benar ingin tinggal dirumah tersebut buat tempoh masa yang lama. kebanyakkan pelabur amat suka memilih pakej BLR untuk pinjaman hartanah mereka. Tetapi ini tidak bermakna semua orang yang ambil BLR adalah pelabur, Mungkin buat masa ini belum cukup deposit, tetapi tidak mengapa perlahan-lahan lah.

2. Buat kali pertama, Mungkin anda rasakan anda mampu dan gaji anda tinggi, tetapi pihak bank tidak pula meluluskan permohonan pinjaman anda. kenapa? ini lah sebabnya, mungkin dokumen anda tidak cukup kuat dan anda terlalu muda untuk membuat komitmen yang tinggi pada hemat bank. Jadi apa patut saya buat? okay, anda sebenarnya boleh berbincang dengan pihak bank untuk meletakkan nama ibubapa sebagai penjamin jika pinjaman yang dibuat melebihi dari kemampuan. Memaksimakan pinjaman agar bayaran bulanan anda menjadi rendah dan tidak membebankan adalah matlamatnya. Oleh disebabkan itu anda memerlukan nama ibu atau bapa sebagai penama kedua didalam perjanjian pinjaman anda. Adakah ibubapa mahu menjadi penjamin untuk anak? belum cuba belum tahu. Sebenarnya anda tidak keseorangan apabila membuat keputusan membeli rumah, Jadi berbincang lah dengan keluarga anda.

3. Daftar dengan engin carian hartanah seperti iproperty, thinkproperty atau drumah. Jika anda mula menjumpai hartanah yang diminati cepat-cepat menghubungi penjual tersebut. Jangan lupa untuk menggunakan carian google, mungkin anda boleh perolehi sesuatu dari sana.

4. Pembeli rumah kali pertama kebanyakkanya menjangkakan untuk membayar deposit sekurang-kurangnya RM20,000. Mula kan berjimat cermat sekurang-kurang RM300 setiap bulan. Jika anda berumur 23 tahun, apabila umur anda 28 tahun anda telah mempunyai simpanan sebanyak RM25 ribu lebih untuk dijadikan sebagai deposit rumah. itu lah masa terbaik untuk beli rumah.

5. Ada beberapa skim kerajaan oleh Kementerian Perumahan Malaysia yang dikenali sebagai projek rumah kos rendah. Rumah kos rendah diwajibkan kepada pemaju perumahan yang membangunkan sesuatu bandar baru. Jadi setiap rumah kos rendah disubsidi oleh kerajaan dan harga jualan berdasarkan kos pembinaan sahaja. Untuk pengetahuan anda, kebanyakkan pemaju tidak berminat untuk membina rumah kos rendah yang mana keuntungannya amat sedikit malah sesetengah projek tidak langsung meguntungkan pemaju. Jadi rumah kos rendah adalah satu projek perumahan yang mesti diambil kesempatan kepada pembeli rumah buat kali pertama. Kebanyakkan harga rumah kos rendah didalam linkunggan RM42,000. Nasihat saya, sebelum anda membeli rumah berharga RM100,000 keatas beli dahulu rumah kos rendah ini dan jadikan sebagai pelaburan. Kerana apabila anda telah membeli rumah RM100,000 keatas anda tidak layak lagi membeli rumah kos rendah tersebut. Sebagai contoh pada tahun 2004 anda membeli rumah kos rendah berharga RM42,000 dan setelah 5 tahun, nilaihartanah kos rendah ini telah menjadi RM86,0000. Setelah itu barulah anda merancang untuk menjualkannya. Satu lagi, anda tahu tak? sewa rumah kos rendah di bandar sentul kini adalah RM1200 sebulan. Berbanding hanya RM200 bayaran pinjaman perumahan yang dibayar setiap bulan oleh pembeli. Ape kelas rumah kos rendah? Tidak apa lah, kepada mereka yang berminat sila lah.

6. Terakhir… Semak bajet anda. Walau pun kadar pinjaman telah jatuh ketahap rendah, apa yang turun tetap akan naik. Jika boleh jarakkan bayaran bulanan hanya 30% dari gaji kasar anda. Sebelum anda membeli rumah, semak dahulu kos-kos tambahan lain seperti duti setem, yuran penilaian, hiasan dan ubahsuai, penyenggaraan, insurans, bil utiliti, dan penggangkutan. Tanya si tukang jual tu, ada apa-apa kos tersembunyi? kekadang kos-kos tersembunyilah yang banyak buat kita sakit hati.
Pada hemat saya, adalah lebih baik jika anda membuat semakan pendapatan dengan pihak bank dahulu. Semak CCRIS, CTOS dan mana-mana yang berkenaan. Setelah itu barulah adna mencari hartanah yang sesuai dengan bajet anda.
 
Selepas pasaran hartanah melonjak, kebiasaannya harga hartanah akan menurun dari paras semasa ke bawah dan ia diperbetulkan secara automatik oleh kebanyakkan peserta industri. Mungkin anda tidak perlu terlalu mengharap yang mana harga rumah akan jatuh sehingga 20%. Bagi saya ia seperti harapan palsu dan nampak tidak realistik didalam keadaan pasaran hartanah di Malaysia.
 
Cuma… didalam situasi sekarang, jika anda ingin membeli rumah dari pemaju, pastikan dahulu pemaju yang benar-benar kukuh. Kebanyakkan pemaju yang teguh mereka membina satu bandar atau dikenali sebagai “township”. Ini berbeza dengan pemaju yang hanya membina satu taman perumahan. Saya tidak mengatakan pemaju taman perumahan tidak kukuh, bukan semua begitu. Tetapi berhati-hati lah jika berlaku sesuatu anda seorang sahaja yang menanggungnya bukan pemaju.
 
Berbanding dengan pemaju yang membina sebuah bandar mereka kebiasaannya telah membinanya didalam 15-10 tahun. Jadi anda boleh melihat rekod baik pemaju. Tanyalah rakan-rakan yang tinggal didalam kawasan bandar tersebut, adakah rekod pemaju bersih, tiada masalah kewangan, syarikat besar, hasil kemasan rumah berkualiti tinggi dan yang penting suasana sesuatu bandar tersebut

hanyapondok usang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan