Home Klik Di Bawah

Isnin, 6 Februari 2012

Pelik Tapi Benar | Bertutur Pelbagai Bahasa Selepas Sedar Dari Koma


Salam..

Pelik tetapi benar tetapi itulah realiti kebolehan luar biasa seorang pelajar tingkatan lima yang secara tiba-tiba boleh bertutur pelbagai bahasa selepas dia terlibat dalam kemalangan jalan raya pada jam 2 petang, 13 Januari lalu.
Noraini Ismail, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nasiruddin Shah, Alor Lintang
 boleh bertutur bahasa Korea dan Mandarin dengan lancar walaupun sepanjang hayatnya tidak pernah ikuti kelas bahasa itu.

Sementara itu menurut bapanya, Ismail Salleh, 46, kemalangan itu menyebabkan Noraini koma selama 11 jam dan sebaik sedar dia berada di Unit Kecemasan, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.

Kata Ismail, selepas doktor menjalankan imbasan kali pertama mendapati terdapat darah beku di bahagian belakang kepalanya.

Menurut bapanya lagi, selain bahasa korea, noraini juga mampu bertutur bahasa mandarin.
dan perkara yang paling aneh lagi ialah apabila noraini bertutur bahasa asing itu,dia tidak boleh bertutur dan memahami bahasa melayu. namun selepas itu dia kembali bertutur dalam bahasa melayu tetapi tidak boleh bertutur dalam loghat kelantan lagi seperti kebiasaannya sebelum ini, sebaliknya dia bertutur melayu baku.
akusijebat.
 
OPEN; Inilah kuasa ALLAh yang Maha Berkuasa ke atas hambanya. Allahuakbar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan