Home Klik Di Bawah

Isnin, 27 Februari 2012

Perlu Baca - "Kalau Dah Sampai Ipoh Tolong Bagitahu Saya Yer..." (Kisah Panas)


Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur – Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu bas, “Encik, tolong tengokkan anak saya ya. Nanti kalau sampai di Ipoh, bagi tahu anak saya.”

Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. Setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang di sebelahnya. “Sudah sampai Ipoh belom?”



Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya. Penumpang di sebelahnya menjawab, “Tidur sahaja lah. Belum sampai lagi ni. Nanti kalau sampai saya akan kejutkan!”
Tapi si anak tidak mahu diam. Dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya, “Pakcik, sudah sampai Ipoh ke belom?”

Pemandu yang sudah keletihan menjawab soalan itu berkata, “Belom! Tidur sahaja lah! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh, pasti dikejutkan!”

Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi, semua orang di dalam bas lupa pada si anak.

Sehinggalah ketika sampai di Ipoh, tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Setar, si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun. Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak.


Lalu dia bertanya kepada para penumpang, “Encik-encik dan puan-puan sekalian. Bagaimana, perlukah kita hantar semula anak ini?”

Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh.

Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh.


Sesampai di Ipoh, si anak dibangunkan. “Nak! Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun!” Kata Pemandu.
Si anak bangun dan berkata.. “Oh sudah sampai ya!”

Lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya. Seluruh penumpang kehairanan. “Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?” tanya pemandu kebingungan.


“Tidaklah.. mama saya pesan, kalau sudah sampai di Ipoh, saya boleh makan nasi bungkus ni!”


*Kisah panas hati nie...uhhhhhh... 


OPEN ; Wa terkena dan  anda macamna.........
scaniaz

1 ulasan:

  1. Sya benar2 keletihan neh...pulak tu laptop bertuah neh rosak plak dibhgn Diagnose Connection Problem. Tetiba plak %windir%network dianotic\xpnetdiag.exe hilang. susah benar nak contact isteri tercinta di malaysia neh... 1 ari dok repair komputer. mujurlah dpt gak open minda neh.

    kes budak naik bas express sendiri neh tak boleh jadi neh.... esok aku ambil flight balik msia. sape tak bimbang anak sendiri dibenarkan naik bas? Hilang akai ke my lovely wife neh...? Alhamdullilah dgr cite esok bon2 sya dah bleh di realeasekan(dicairkan). So lps neh sya nak tumpukan pd family sendiri jerrr.... tak pe keranamu isteri sya sanggup tangguhkan my study neh.... Insya Allah lepas neh senang lah kami anak beranak dan tak payah lagi lah nak continue study ag. Bagi peluang kat anak plak. Sya dah terlalu lama tak jumpa awak isteri.

    Sok jumpa kompom 1st2 aku marah dia kenapa lepaskan anak sya yg 5 thn neh naik bas sendiri. Dah tak sayang ke anak?.... Marah tanda syg tuu.... sok kite jumpa lagi dan sya stay terus stay dgn awak isteriku forever end ever...

    BalasPadam