Home Klik Di Bawah

Isnin, 27 Februari 2012

Sebelum Bergerak Ke Destinasi Jauh

 Kereta sememangnya memerlukan pemerikaan secara berkala bagi memastikan enjin, dan kondisi kereta dalam keadaan baik. Tetapi kita juga perlu membuat pemeriksaan kereta sebelum bergerak ke destinasi jauh. 
Tips Sebelum Bergerak Ke Destinasi Jauh |
 Anda selalu memandu kereta ke tempat yang jauh? Tidak kiralah, jauh ataupun dekat sememangnya tips ini amat diperlukan lebih-lebih lagi ia sebagai persediaan sebelum datangnya cuti sekolah. Maklumlah kita hendak pulang ke kampung atau ingin bercuti ke luar negeri. Sebelum memulakan perjalanan jauh, kita patut melihat senarai semak dibawah demi menjaga keselamatan kita dan orang tersayang. Jom baca apakah Tips Sebelum Bergerak Ke Destinasi Jauh.
 
Tayar

Tayar sangat penting untuk kenderaan anda. Tayar berfungsi melekap pada permukaan jalan dan memastikan kenderaan anda sentiasa berada di dalam kawalan. Jadi, sebelum  memulakan perjalanan, pastikan tayar kereta anda masih berbunga dan dalam keadaan baik. Dan jangan lupa lihat keadaan dan isi angin. Tayar ganti anda perlu selalu diperiksa dan diselenggara. Pastikan bunga tayar dan tekanan berada pada tahap terbaik.

Air radiator

Demi mengelakkan kenderaan anda overheat dan mengakibatkan anda tersangkut di tepi jalan, anda perlu memastikan air radiator kereta anda berisi sebelum memulakan perjalanan. Pastikan takat air berada di tengah-tengah takat yang ditetapkan.

Minyak enjin

Jika kenderaan anda tidak diservis selama 3 bulan atau sudah sampai takat yang ditetapkan, disarankan anda menukar minyak enjin sebelum memulakan perjalanan.  Minyak enjin penting untuk kenderaan anda.

Minyak

Pastikan minyak kereta anda mencukupi sebelum memulakan perjalanan.

Diri anda

Rehat dengan secukupnya dan pastikan anda bersedia untuk memulakan perjalanan

melayukini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan