Kalau tak tahu baca dulu artikel senarai panduan di bawah ni. Mungkin boleh bantu korang apa yang patut sebelum ubah suai kereta.
PENGUBAHSUAIAN YANG TIDAK MEMERLUKAN KELULUSAN JPJ
- Pemasangan spoiler udara di bahagian hadapan dan belakang
- Pemasangan side skirt, aerofoil door visor pada kereta
- Pemasangan protecting guards pada bahagian hadapan dan belakang kereta
- Pengubahsuaian kecil pada jeriji radiator, bonet atau bentuk serta reka bentuk lampu.
- Pengubahsuaian kecil dan melebarkan tyre wings atau muduard
- Pengubahsuaian atau pemasangan tambahan bumper besar (sama ada jenis keluli atau gentian kaca) pada bahagian hadapan ataua belakang
- Pemasangan rim dan tayar yang lebih besar
- Pemasangan para bumbung
- Pemasangan sun roof di atas bumbung
- Pemasangan lampu brek tambahan (berwarna merah) atau lampu penunjuk arah (berwarna amber)
- Pemasangan lampu limpah atau lampu halogen (berwarna putih dan kuning) pada bahagian hadapan sahaja iaitu tambahan kepada lampu sedia ada
- Penggunaan cermin gelap atau penampalan berwarna di bahagaian atas cermin hadapan sebanyak 20 peratus dari lebarnya dan di cermin tingkap sukuan
- Pemasangan pengadang angin, penutup lampu gentian kaca penutup enjin gentian kaca pada hadapan motosikal di mana aksesori ini tidak terkeluar dari hujung pemegang motosikal.
PENGUBAHSUAIAN YANG MEMERLUKAN KELULUSAN JPJ
- Pengubahsuaian ke atas rangka dan rangkaiannya atau rangka monocoque sebuah kenderaan bermotor
- Pengubahsuaian ke atas bentuk atau ciri-ciri asal kenderaan
- Pengubahsuaian dari kereta saloon kepada kereta convertible
- Pengubahsuaian ke atas sistem bahan api
- Pengubahsuaian ke atas sistem brek
- Pengubahsuaian ke atas sistem steering
- Pengubahsuaian ke atas bes roda kenderaan
- Penggunaan badan gentian kaca bagi menggantikan keluli
- Penukaran enjin
PENGUBAHSUAIAN YANG TIDAK DIBENARKAN OLEH JPJ
- Lampu kelip-kelip (selain lampu penunjuk arah dan lampu berjaga-jaga) pada bahagian hadapan atau belakang kereta
- Pemasangan lampu berwarna biru, ungu atau hijau
- Pemasangan hon yang berirama atau hon dengan dua nada
- Pemasangan lampu limpah pada bahagian belakang kereta
- Pemasangan cermin gelap atau penampalan bahan berwarna pada cermin hadapan, cermin belakang dan cermin tepi di mana kadar ketelusan cahaya kurang dari 70 peratus.
Jadi, diharap artikel ni dapat jelaskan kekeliruan tentang ubahsuai kenderaan sama ada kereta atau motosikal. Untuk sebarang pertanyaan lanjut sila tanya dengan abang JPJ.
fitrihadi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan