Home Klik Di Bawah

Sabtu, 10 Mac 2012

5 Jenis Senjata Paling Merbahaya



5 senjata yang paling merbahaya yang pernah dihasilkan untuk ketenteraan sesebuah negara. Senjata-senjata tersebut kebanyakannya dihasilkan oleh negara-negara maju yang mempunyai kuasa ketenteraannya yang besar dan kuat. Berikut adalah 5 jenis senjata yang paling merbahaya yang pernah dihasilkan.

1. Bom Napalm


Bom jenis ini sebenarnya sudah dipakai oleh pihak sekutu pada tahun 1944 ketika digunakan untuk menekan pasukan Nazi Jerman yang sudah sangat terdesak. Bom ini berbeza dengan jenis bom-bom konvensional lainnya, di mana daya hancurnya sangat dasyat, ibarat seperti disiram oleh lautan api yang sangat dahsyat. Bom ini juga digunakan di perang Vietnam untuk menghancurkan dan membakar pemukiman gerilyawan Vietcong yang bersembunyi di balik hutan yang lebat di vietnam. Yang digunakan di vietnam sebenarnya berbeza dengan digunakan pada Perang Dunia II, dimana daya bakarnya jauh lebih lama (hingga 10 minit!) sehinggatahap kemusnahannya amat mengerikan. Dan suhu yang terhasil dari pembakarannya hingga mencapai 1.200 darjah celcius! Sungguh mengerikan...

Tersusun dari unsur low-octane gasoline, benzene dan polystyrene, bom jenis ini jadi jauh lebih berbahaya manakala pembuatannya sangat mudah sehingga orang biasa saja boleh membuatnya! Kerana itulah senjata ini sangat berbahaya bila jatuh ke tangan orang-orang yang tidak bertanggung jawab.

2. Periuk Api

Walaupun alat letupan ini hanyalah alat yang hanya meledak dan menewaskan beberapa orang dalam sekali meledak. Namun jangan salah, periuk api ini adalah salah satu masalah yang paling ditakutkan, selama perang mahupun sesudah perang. Kalau semasa perang, boleh dikatakan benda ini sangat berbahaya, tapi benda ini jauh lebih berbahaya ketika perang telah berakhir. Boleh dibayangkan benda-benda tersebut banyak tertanam dan tidak pernah diketahui secara pasti dimana tepatnya benda-benda ini berada. Kamboja dan Vietnam adalah beberapa negara yang harus bekerja keras untuk membersihkan jutaan periuk api . Yang pasti, jutaan orang awam telah menjadi korban, mati mahupun cacat .

3. AK-47 Assault Rifle

Senjata buatan Soviet ciptaan Mikhail Kalashnikov adalah salah satu senapang yang paling berjaya yang pernah diciptakan di muka bumi ini. Hampir di semua negara di muka bumi. Angkatan Bersenjatanya menggunakan senapang ini lagi berkesan dari senapang Sturmgewehr 44 (StG44) milik Jerman pada masa PD II ini. Senjata ini mudah sekali pengoperasian dan mudah untuk dibuat sendiri. Maka tak hairan senjata ini kebanyakan yang diedar bukannya yang asli buatan Rusia, tapi banyakan dibuat secara lesen maupun cetak rompak dan jumlahnya diperkirakan menjacai ratusan juta laras!

Boleh dibayangkan bagaimana popularnya senjata ini, malah menjadi icon bagi para pemberontak. Yang tidak boleh terbayang adalah sudah ratusan juta nyawa yang melayang akibat dari senjata yang bentuknya cukup unik ini, itu karena meluasnya penggunaan oleh berbagai pihak, bermulai dari tentera, polis, hingga kaum pemberontak dan mafia!

4. Tsar Bomba (Bom Atom)

Mungkin Anda sudah tahu bom yang dijatuhkan di Hirosima dan Nagasaki, yaitu Little Boy dan Fat Man, yang mampu meratakan kedua kota tersebut. Namun, ada satu lagi senjata maut yang daya ledaknya 10 kali lebih dahsyat dari kedua bom tersebut bila disatukan.

Itulah Tsar Bomba, bom Hidrogen ciptaan Soviet bercode RDS-220 Ivan. Bom besar ini diuji pada tanggal 30 Oktober 1961 dari sebuah pesawat pembom Tu-95 di daerah Kepulauan Novaya Zemlya yang terpencil, dan daya ledak yang dihasilkan oleh bom ini adalah 50 Megaton!

Kerana dahsyatnya bom ini dan menghasilkan bola api yang berdiameter 8km, membentuk awan cendawan berdiameter 64 km dengan gelombang mengejut yang dihasilkan mencapai angka 5,6 skala richter! Meskipun demikian, beruntunglah bom ini tidak pernah masuk dalam senjata Soviet kerana terlalu besar dan dianggap sangat berbahaya bagi pesawat yang membawanya.

5. Kapal Selam Kelas Thypoon
 
 



Ini senjata milik Rusia yang paling ditakuti oleh AS dan sekutunya, iaitu kapal selam bermisil nuklear kelas Thypoon. Dianggap kapal selam paling besar yang pernah dibuat di dunia. Dibangun pada tahun 80an, kapal selam ini memiliki berat badan sekitar 26.000 ton, dengan panjang mencapai 175 meter dan lebar 23 meter. Selain besar, kemampuan senyapnya sangat luar biasa, ditambah kapal selam ini membawa sejumlah misil antara benua yang berkepala nuklear. Pantas saja AS dan Sekutunya sangat takut dengan kapal selam jenis ini. Mampu menjelajah lama dibawah laut, kerana mengunakan tenaga nuklear.

Mungkin kapal selam milik AS yang boleh menandingi Thypoon adalah kapal selam nuklear kelas Ohio, yang memiliki panjang 170 meter dan juga sama-sama membawa nuklear! So...boleh dibayangkan bagaimana betapa nyerinya bila perang dingin benar-benar meletus!
luahaninsan terpinggir

Tiada ulasan:

Catat Ulasan