Home Klik Di Bawah

Sabtu, 24 Mac 2012

Bacalah Injil Hingga Akhir!

 
Kisah saya bermula pada tahun 1979. Kisah dimana saya dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat patuh. Sebelum memeluk agama Islam, keluarga kami menganut Ortodoks Katolik Rom. Keluarga saya secara aktif terlibat dalam urusan gereja. Kami ada paderi, biarawati dan mubaligh sebagai sebahagian daripada keluarga kami. Datuk saya merupakan pengasas gereja di Kerala, India. Keluarga saya berpegang kepada idealisme.

 Kami mencintai Pencipta kami walaupun telah menyimpang dari jalan benar, dan sentiasa berusaha untuk menjadi insan yang baik. Kami bangga dengan diri kami sebagai orang-orang yang beriman dan yang terbaik di kalangan kami ialah ibu kami. Dalam banyak perkara ibu kami dijadikan sebagai model yang terbaik untuk wanita-wanita lain oleh pendeta kami. Ibu kami adalah model bagi wanita Kristian. Dia membaca injil secara rutin dan mengamalkan agama ini dengan sungguh-sungguh.

 Untuk memulakan kisah, ibu saya mempunyai beberapa pengalaman spiritual yang menimbulkan rasa tidak puas hati dengan agama Kristian. Dia mengalihkan pandangannya kepada Injil untuk mendapatkan jawapan. Malangnya dia hanya membawanya lebih jauh dari apa yang dianggap mulia baginya. Pada masa tersebut, seorang peguam bermana Ibrahim Khan bekerja dengan ayah dan ibu saya sebagai penasihat legal, itu pun dalam jangka masa yang singkat kerana peguam kami cuti, sementara ayah dan ibu saya memerlukan nasihat berhubung masalah perniagaan. Sebagai seorang muslim yang berpengetahuan, dia telah memperkenalkan Islam kepada ibu saya dan beberapa minggu selepas itu, ibu saya memeluk agama Islam. Ketika itu usia saya sekitar 13 tahun.

Keadaan saya agak membingungkan, sebab saya adalah anak sulung. Keluarga saya berpisah kerana ibu saya merasakan bahawa perkahwinan tersebut telah menjadi kosong dan sia-sia. Saya membenci Islam kerana saya yakin Islamlah yang menyebabkan perpecahan berlaku dalam keluarga saya. Ayah saya juga akhirnya meninggalkan kami. Sekalipun demikian, anehnya, saya amat suka dengan suara azan.

Pada waktu itu saya membenci Islam dan saya boleh menjadi apa saja selain muslim. Sekalipun demikian, saya amat menghormati dan mencintai ibu saya. Saya sungguh-sungguh tidak faham kenapa ia boleh berubah begini. Saya ingin sekali memahami kenapa ia memilih Islam, sebagai seorang perempuan yang berpendidikan, lalu memilih agama kuno seperti Islam. Suatu hari saya bertanya kepadanya, jawapan yang diberikan sangat mudah. “Bacalah Injil dari helaian ke helaian.”

Dari situ bermulalah perjalanan spiritual saya. Benar, saya masih muda, tetapi Tuhan telah memberikan saya kedewasaan untuk memahami apa yang saya baca. Saya menemui begitu banyak sekali yang tidak konsisten dan percanggahan dalam Injil. Saya menemui perkara-perkara yang disebutkan dalam Injil, tetapi tidak dipatuhi oleh umat Kristian. Saya juga menemui perkara-perkara yang saya rasakan tidak masuk akal. Saya menemui keperluan perjanjian yang tidak dipatuhi. Lebih aneh lagi, saya bahkan menemui ayat yang menyebut tentang Nabi Muhammad Saw. Tetapi saya begitu keras kepala dan enggan untuk menerima kebenaran ketika itu.

Saya tetap mempelajari Kristian dan mula mempelajari perbandingan agama tetapi mengelakkan diri dari mempelajari Islam. Pada waktu-waktu itulah ibu saya menghantar saya surat dan terjemahan al-Ikhlas dan ia menjadi satu daya tarikan yang kuat bagi saya. Saya membaca terjemahannya sepanjang hari dan berulang-ulang kali. Ia menjadi seperti tasbih buat saya. Sehingga pada akhirnya tidak ada lagi ayat atau kata-kata lain yang boleh memuaskan hati saya. Akhirnya saya berpaling pada al-Quran dan benar-benar terpesona dengan keindahannya!!. Inilah kebenaran yang selama ini saya cari!.
Di sini semua persoalan saya terjawab! Saya tahu bahawa saya telah mencari nasib saya. Saya telah mempelajati Islam selama 2 tahun dan saya benar-benar bersyukur. Pada ketika itu usia saya sekitar 15 tahun.
Saya memeluk agama Islam di Lapangan Terbang Bombay! Ketika itu saya ke lapangan terbang untuk menjemput ibu saya dan saya ingin ia menyaksikan keislaman saya. Ia mengaku bahawa dia telah berdoa supaya saya diberikan hidayah, supaya saya dia tidak menerima bantuan, saya akan menjadi penyokongnya. Allah telah mengurniakan anugerah-Nya. Allahu Akbar.

Pada masa itu, saudara lelaki dan perempuan saya masih muda untuk mengikuti jejak langkah saya dan menerima Islam. Kami terpaksa berhijrah ke Bombay, kami bimbang ada orang tertentu yang akan memisahkan kami tiga beradik dengan ibu kami. Kami yakin bahawa jika kami berada di Kerala, kami tidak akan dapat mengamalkan ajaran Islam. Hanya dengan berhijrah ke Bombay, masalah ini dapat diatasi. Masya Allah! Allah telah melimpahkan kurnia-Nya kepada kami. Umat ??Islam di sini menyambut kami dengan tangan terbuka.

Kami belajar bahasa arab. Kami menamatkan pelajaran dan kini kami juga mempunyai rumah. Alhamdulillah. Ayah kami juga akhirnya pulang ke pangkuan kami, walaupun ia masih lagi menganut agama Katolik Rom. Walaupun demikian, kami tetap sayang padanya dan ini juga merupakan sebahagian daripada keputusan yang kami buat bersama. Dia juga mempelajari Islam dan amat menghormati agama, cara hidup dan apa yang kami amalkan. Ia menjadi tonggak pembantu kami dan walaupun dia sendiri tidak memeluk agama Islam, dia telah membesarkan kami tanpa mencampuri urusan agama kami. Dia sering melindungi kami dan sentiasa berada di sisi kami. Kerana masih banyak ahli keluarga kami yang masih memusuhi Islam, walaupun mereka terpaksa menerima bahawa kami akan tetap memegang agama Islam. 

InsyaAllah. Memang ada kalanya kami masih menerima e-mel menyuruh kami kembali menjadi kristian. Tapi hal ini semakin berkurang kebelakangan ini.

Baru-baru ini kami pulang ke Kerala untuk menemui datuk dan nenek kami. Memang kami rasakan gembira melawat tempat kami dibesarkan. Kami kuat dengan iman yang telah dikurniakan Tuhan kepada kami dan Alhamdulillah, Tuhan telah memberikan kami kekuatan untuk menghadapi semua pancaroba ini. Mungkin satu hari nanti kami boleh pula mendirikan sebuah masjid dan pusat pengajian Islam di sini. Insya Allah
isuhangat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan