Home Klik Di Bawah

Selasa, 27 Mac 2012

Bilik Tidur Remaja Seluruh Dunia

1. Lamine (12 tahun, Senegal)
Dia adalah seorang murid di sekolah kampung “Koranic school” (sekolah Al-Quran), khas untuk kanak-kanak lelaki. Di berkongsi bilik dengan remaja yang lain. a berbagi kamar dengan anak laki-laki lainnya. Tempat tidur merupakan keperluan asas bagi mereka dan dialas dengan batu-bata.
Setiap pagi pada pukul enam, mereka akan bekerja di ladang sekolah, di mana mereka belajar bagaimana untuk menggali, tanam jagung dan membajak ladang dengan menggunakan keldai. Pada sebelah petang mereka mempelajari Al-Quran. Pada masa lapang Lamine suka bermain bolasepak dengan rakan-rakannya.

2. Jamie, 9 tahun, Amerika Syarikat.





Jamie tinggal bersama orang tua dan saudara kembar adik dan kakaknya di penthouse di 5th Avenue, New York. Jamie bersekolah di sebuah sekolah terkenal dan dia merupakan murid yang baik.
Pada masa lapang, dia mengambil kelas judo dan berenang. Dia sangat suka subjek pelajaran kewangan. Ketika dia besar nanti, dia ingin menjadi pengacara seperti ayahnya.
3.Indira (7 tahun, Nepal)
 

Indira hidup bersama saudara, ibu bapa dan adiknya di Kathmandu di Nepal. Rumah dia hanya memiliki satu bolok, dengan satu katil dan satu tilam. Semasa tidur, kanak-kanak berkongsi tilam di lantai.
Indira telah bekerja di lombong granit sejak dia berumur 3 tahun. Keluarganya sangat miskin sehingga setiap orang harus bekerja. Ada 150 anak-anak lainnya yang bekerja di lombong tersebut.
Indira bekerja enam jam sehari dan kemudian membantu ibunya dengan membuat kerja-kerja rumah. Dia juga menghadiri sekolah dengan menempuh 30 minit berjalan kaki. Indira bercita-cita ingin menjadi penari.
4. Jasmine (4 tahun, Amerika Syarikat)
isuhangat 

Jasmine (‘Jazzy’), tinggal di sebuah rumah besar di Kentucky, Amerika Syarikat, bersama ibu bapanya dan tiga adik-beradik.
Bilik tidurnya penuh dengan pingat dan tali pinggang yang telah dia menangi dalam pertandingan kecantikan. Dia telah mengikuti lebih dari 100 pertandingan. Waktu masanya digunakan untuk latihan. Setiap hari dia selalu berlatih di studio dengan pelatihnya. Jazzy ingin menjadi bintang rock ketika dia besar nanti.
5. Keluarga Pendatang Haram(Rom, Itali)
isuhangat 

Rumah untuk kanak=kanak ini dan keluarganya adalah tilam di sebuah padang di pinggir kota Rom, Itali. Keluarganya berasal dari Romania dan pindah ke Rom dengan bas, setelah mengemis untuk membayar tiket mereka.
Ketika mereka tiba di Rom, mereka berkemah di atas tanah persendirian, tetapi polis mengusir mereka. Mereka tidak memiliki dokumen identiti, sehingga tidak boleh mendapatkan pekerjaan legal. Ibu bapa anak itu membersihkan cermin tingkap kereta di jalan. Tidak seorangpun dari keluarganya yang pernah ke sekolah.
6. Dong, 7, China
Dong tinggal di Yunnan di selatan-barat China dengan adik, ibu-bapa dan datuknya. Dia berkongsi bilik tidur dengan adiknya dan ibu bapanya. Keluarganya memiliki tanah yang hanya cukup untuk menanam padi dan tebu milik mereka sendiri.Dong ke sekolah selama 20 minit berjalan kaki. Cita-cita Dong ialah ingin menjadi polis.7. Roathy (8 tahun, Kamboja)

isuhangat
Roathy tinggal di pinggir Phnom Penh, Kamboja. Rumahnya berada di tempat pembuangan sampah besar. Katilnya terbuat dari bekas beg plastik. 5000 orang tinggal dan bekerja di sini.
Pada jam 6 setiap pagi, Roathy dan ratusan kanak-kanak lain diberi kesempatan untuk mandi di pusat amal tempatan sebelum mereka mula bekerja, mengais-ngais tin dan botol plastik, yang dijual ke perniagaan besi buruk.

8. Nantio (15 tahun, Kenya)
isu hangat
Nantio adalah anggota dari suku Rendille di Kenya utara. Dia memiliki dua orang adik beradik lelaki dan dua orang perempuan. Rumahnya adalah sebuah pondok seperti dibuat dari kulit lembu dan plastik, dengan sedikit ruang untuk berdiri. Ada api di tengah, di ruang tidur keluarga.
Tugas Nantio mencari kambing, memotong kayu bakar dan mengambil air. Dia pergi ke sekolah selama beberapa tahun, namun memutuskan untuk tidak melanjutkan.
Nantio berharap seorang Moran (tentera) akan memilih dia untuk menikah. Dia sudah mempunyai kekasih sekarang.

9. Tzvika (9 tahun, Israel)
Tzvika, tinggal di sebuah blok apartemen di Beitar Illit, sebuah perkampungan Israel di Tebing Barat. Daerah ini adalah sebuah daerah yang mempunyai di 36,000 haredi (Ortodoks) Yahudi. Television dan surat khabar dilarang dari perkampungan tersebut.
Rata-rata keluarga memiliki sembilan anak, tetapi Tzvika hanya memiliki seorang adik perempuan dan dua orang lelaki, yang tidur satu bilik. Dia ke sekolah dengan menaiki kereta tetapi bersukan adalah dilarang dari kurikulum sekolahnya.
Tzvika pergi ke perpustakaan setiap hari dan gemar membaca kitab Yahudi. Dia juga suka main game yang mengandung unsur agama di komputernya. Dia ingin menjadi seorang Rahib.

10. Natasya Loffa,17, Malaysia
Seorang remaja perempuan Malaysia yang menyambut hari jadinya di dalam bilik hotel

Tiada ulasan:

Catat Ulasan