Assalamualaikum wbt sahabat blogger semua. Semoga kalian senantiasa mendapat rahmat Allah SWT. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW. Semoga syafaat baginda kita perolehi kelak.
Kepada sahabat-sahabat yang bergelar penjawat awam, semalam berita baik telah diterima oleh sahabat semua. Syukur alhamdulillah kerana menikmati kenaikan gaji sebanyak 13% di samping kenaikan elaun COLA sebanyak RM 50 bagi kawasan B & C. Terima kasih kepada YAB Perdana Menteri dan syukur kepada Allah SWT atas kurniaan rezeki ini.
Kepada sahabat-sahabat yang bergelar penjawat awam, semalam berita baik telah diterima oleh sahabat semua. Syukur alhamdulillah kerana menikmati kenaikan gaji sebanyak 13% di samping kenaikan elaun COLA sebanyak RM 50 bagi kawasan B & C. Terima kasih kepada YAB Perdana Menteri dan syukur kepada Allah SWT atas kurniaan rezeki ini.
Walau bagaimanapun, jangan lupa selepas sahaja menerima slip gaji dengan kadar gaji baharu ini, kita terus mengunjungi mana-mana Pusat Zakat terdekat untuk kita menambah kadar bulanan kita. Disini saya sertakan sedikit panduan ringkas mengira zakat pendapatan ya :-
PANDUAN RINGKAS MENGIRA ZAKAT PENDAPATAN
Umumnya, terdapat 2 kaedah iaitu
- 2.5% atas jumlah pendapatan kasar setahun ( jika pendapatan tidak kurang dari nisab)
- 2.5% atas pendapatan yang layak dizakat setahun iaitu setelah ditolak segala perbelanjaan asasi setahun dan bakinya hendaklah melebihi nasab.
KAEDAH 2 : Menggunakan kaedah pendapatan bersih
Contoh
A PENDAPATAN
Gaji ( RM 1,500 X 12 bln) RM 18,000.00
Kerja Lebih Masa RM 8,000.00
Elaun RM 5,000.00
Bonus RM 800.00
Lain2 Pendapatan RM 2,000.00
JUMLAH RM 33,800.00
B PERBELANJAAN DIBENARKAN
Diri Sendiri RM 9,000.00
Isteri RM 3,000.00
Anak-anak (RM 1,000.00 seorang) RM 4,000.00
Pemberian Ibu Bapa RM 2,400.00
Caruman KWSP RM 2,400.00
Caruman Tabung Haji RM 600.00
Caruman kepada institusi yang telah RM 1,200.00
membayar bagi pihak ahli
JUMLAH RM 22,600.00
C PENDAPATAN BERSIH YANG LAYAK DIZAKAT
RM 33,800.00 - RM 22,600.00 : RM 11,200.00
(nilai melebihi nisab. contoh nisab 2011 RM 10,670)
Maka, zakit yang wajib dibayar adalah RM 11,200.00 x 2.5%: RM 280 setahun.
RM 280/12, maka kadar bulanannya adalah RM 23.33.
Oh ya, kalau kita tidak yakin dengan kiraan sendiri ini, kita bawa slip gaji baharu kita dan pergi ke mana-mana pusat zakat yang berdekatan. Pihak amil akan mengirakannya untuk kita. Jadi, bersama-samalah kita menyumbang sesuatu kepada pembangunan ummah Islam ini ya. Selamat berzakat
probitasetfides
Tiada ulasan:
Catat Ulasan