Home Klik Di Bawah

Ahad, 11 Mac 2012

PILIHAN PETUA ISLAM UNTUK AWET MUDA

MUDA? NAK AWET? alahai... .. apa khabar semua? terima kasih kepada yang sudi menjenguk   Untuk petua pilihan yang lebih terperinci,Langkah-langkahnya :-




a.urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w 3 kali.* akak k-poh amalkan yang ni..cuma bukan dengan air..tapi bangun jer dari tidur apa yang akak k-poh lakukan dulu ialah urut wajah seperti di atas tu.Bila bangun tidur, kulit wajah agak lembab..jadi gunakan kelembapan asli itu untuk mengurut wajah anda.



 b.gunakan jari telujuk ke dua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu.Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagia dahi.

 c.setelah solat subuh,bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam.Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.  *akak k-poh amalkan,selepas solat subuh..lepas berdoa sebelum aminkan doa tu, bacalah SubhanAllah walhamdulillah.............azim... Kemudian rautkan ke muka bermula dari dagu hingga ke dahi kemudian terus ke kepala dan turun ke badan hingga ke kaki.

 d.setelah itu lakukan senaman ringan.Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput.Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.*yg ni akak k-poh tak boleh nak buat... sebab tak sesuai... rumput skrg ni kalau tak berkasut.. alamatnya dapat ler najis mughalazah..

 e.semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supaya diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS.Amalkan setiap pagi.
 
 f.ketika makan,janganlah disulami dengan minum air.Minumlah setelah setengah jam selepas makan.

 ok lah yaaa...ini di antaranya lah... tapi yang paling mujarab untuk awet muda ialah senyum dan ketawa... lihat saja orang yang suka ketawa ( bukan gila tau) memang kelihatan muda...kan..kan..kan... 
effa-k-poh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan