Home Klik Di Bawah

Khamis, 1 Mac 2012

Tip penjagaan kaki dan lutut.....


Salam,
Kaki ni amat penting buat kita semua, terutama sekali di bahagian kaki ngan lutut adalah antara anggota badan yang selalu dok kena dera tanpa kita disedari.... Kita menggunakan kaki sepenuhnya sama ada untuk berjalan, berlari, bersukan dan juga bergaya dengan kasut tumit tinggi tanpa bagi peluang langsung untuk ia ´berehat´.....

Kita selalu terlupa, seperti anggota lain , kaki dan lutut jugak perlukan penjagaan.... Malangnya bila dah berasa sakit tu, barulah kita nak mula bagi perhatian, yang kadang-kadang tu dah terlewat dah pun akibat keadaan kaki yang dah menjadi teruk......

Terdapat beberapa sebab yang mengakibatkan kesakitan kat kaki ngan lutut ni.... Bagaimanapun, di kalangan pakar ortopedik mengatakan bahawa masalah kaki ngan lutut ni tidak hanya berlaku kat golongan orang tua2 saja......

Antara penyebab masalah pada kaki ngan lutut ni termasuklah kecederaan kat otot akibat aktiviti sukan atau pun kemalangan, osteoarthritis yang melibatkan hakisan tulang rawan atau terdapat ketumbuhan kat lutut....

Sekiranya seseorang itu aktif bersukan, ia mungkin akan mengalami sakit lutut pada usia muda. Manakala bagi wanita bekerja atau suri rumah sepenuhnya, sakit lutut biasanya akan menyerang ketika depa berusia lingkungan 40-an. Bagaimanapun, serangan sakit kaki ngan lutut ini berbeza-beza, bergantung kepada pelbagai faktor termasuk jenis aktiviti harian, usia, pemakanan atau gaya hidup seseorang tu.....

Sakit kaki ngan lutut ni selalunya ia lebih banyak menyerang kaum wanita pasai tulang punggung wanita lebih lebar daripada lelaki. Tulang punggung yang lebar menyebabkan lebih tekanan pada otot peha bahagian dalam.....

Tekanan ini akan memberi kesan kat bahagian tempurung lutut dan kalau ia berlaku dalam jangka masa panjang, ia boleh menyebabkan otot-otot di sekitar lutut membengkak.....

Pergerakan masa kita dok buat kerja-kerja menguruskan rumah tangga boleh jugak memberi kesan kalau kita dok buat terus tak berenti.... Membongkok dan mencangkung selalunya akan bagi tekanan yang berlebihan kat bahagian lutut.....bahaya ni....

Selain dari itu.... berat badan yang berlebihan jugak boleh menjadi penyumbang kuat kat sakit kaki ngan lutut ni.......Pasai bahagian kaki ngan lutut ni terpaksa menanggung berat keseluruhan badan dan kaki lah sebagai bahagian paling bawah akan terima bebanan yang paling banyak. Satu lagi masalah yang boleh menimbulkan masalah kat kaki ngan lutut ni, ialah tapak kaki yang rata atau tidak berlekuk......

Kat bawah ni ada Kak Ros letakkan sikit tip macam mana kita nak jaga kaki kita ni.....

Antara tips untuk menghindari sakit kaki ngan lutut ialah:

1. Sekiranya tugas yang dilakukan memerlukan anda banyak berdiri, 
    elakkan daripada berdiri tegak sepanjang masa.. Bengkokkan lutut 
    berselang seli antara kedua-dua kaki   supaya bebanan berat badan
    dapat diseimbangkan antara kedua-dua kaki..
2. Pastikan lutut dan kaki dalam keadaan selesa setiap kali duduk. 
3. Sekiranya lutut anda sakit, letakkan bantal di bawah pelipat kaki
    apabila tidur telentang supaya tidak berlaku ketegangan pada otot
    lutut ketika tidur.
4. Jangan mencangkung atau bertinggung ketika melakukan kerja. 
    Duduk di atas bangku rendah supaya dapat melakukan tugas dengan selesa.
5. Elakkan daripada berada dalam posisi yang sama lebih daripada 30 minit.
6. Sekiranya lutut sakit, jangan terlalu rajin berjalan jauh, ia akan hanya 
    memburukkan lagi keadaan.
7. Hentikan sebarang senaman atau aktiviti yang dilakukan sekiranya terasa
    lutut anda sakit.
8. Tuam dengan air batu atau air panas bagi mengurangkan kesakitan.
    Air batu berkesan untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak,
    manakala air panas boleh mengurangkan ketegangan pada otot.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan