Home Klik Di Bawah

Jumaat, 16 Mac 2012

Waktu Terbaik Minum Air Masak

 Waktu Terbaik Minum Air Masak
Air merupakan sumber terpenting untuk diberikan kepada tubuh badan kerana dapat memberikan tenaga kepada kita dalam melakukan tugas-tugas setiap hari.

Pakar kesihatan juga menyarankan agar kita mengambil sekurang-kurangnya lapan gelas air masak setiap hari kerana dapat membantu dalam mengekalkan tahap kesihatan tubuh badan kita.


 Air meliputi hampir 70% daripada komposisi dalaman kita. Air juga banyak membantu dalam proses penghadaman di mana membantu sebagai pengalir setiap nutrisi dan oksigen ke sel-sel badan. Bukan itu sahaja, keperluan air juga penting untuk kelembapan kulit dalam melindungi sendi-sendi tulang serta organ dalaman.

Malah, Japanese Medical Society juga sudah melakukan kajian membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan gemar meminum air masak mampu memulihkan penyakit-penyakit serius seperti sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.

Namun, tahukan di antara kita bahawa terdapatnya waktu-waktu tertentu yang terbaik untuk mengamalkan minum air masak?

Seeloknya, kita digalakkan untuk minum segelas air masak sebelum masuk tidur kerana ia dapat mengelakkan terkena serangan jantung dan serangan strok di mana air berfungsi sebagai pelancar dalam pengaliran darah kita sewaktu kita sedang tidur.

Selain itu, minum air masak sebelum mandi juga dapat melancarkan perjalan darah serta mengurangkan tekanan darah yang mendadak ketika tubuh badan kita menghadapi suhu keadaan sekeliling yang sentiasa berubah-ubah.

Mengamalkan minum air masak sejurus bangun dari tidur dapat mengaktifkan organ-organ dalaman badan kita untuk kembali bekerja setelah berehat untuk tempoh yang agak lama. Apa yang lebih elok, mengambil air masak sebelum memberus gigi dapat memberikan pelancaran sistem penghadaman dan sistem pembuangan dalam perut kita.

Bagi mereka yang sentiasa menitik beratkan tentang kesihatan dan bentuk tubuh yang cantik, mengamalkan minum air masak 30 minit sebelum menjamah makanan adalah terbukti sangat berkesan untuk terus mengekalkan kesihatan perut dari membuncit. Selepas kita mengambil air 30 minit sebelum makan, ia dapat mengelakkan kita dari menjamah makanan terlalu banyak berikutan kandungan perut kita sudah hampir penuh dan membuatkan kita tidak terlalu mengikut nafsu untuk menjamah makanan yang terlalu banyak.

Bukan sahaja air itu sememangnya penting untuk tubuh kita, mengambilnya mengikut waktu saranan penasihat kesihatan juga terbukti berkesan untuk kita mengekalkan kesihatan bagi jangka masa panjang. Jadi, eloklah kiranya kita mengubah cara dan waktu minum air masak supaya dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit.

mynewshub

Tiada ulasan:

Catat Ulasan