Home Klik Di Bawah

Isnin, 16 April 2012

10 Sungai Terpanjang Di Dunia


Mungkin anda sekalian sering melihat senarai ini di dalam buku-buku. Jadi mungkin sudah ramai yang tahu. Tapi sekadar untuk mengingatkan semula senarai sungai-sungai terpanjang dunia. Berikut ini saya senaraikan 10 Sungai terpanjang di dunia. Semoga kita dapat hayati bersama keindahan dan kebesar Allah swt ini.
10. Sungai Zaire / Sungai Congo
Sungai Zaire atau sungai kongo ini alirannya bermula dari jalur pertemuan sungai Lualap dan Sungai Luapula dan mengalir sampai samudera atlantik. Panjang keseluruhan sungai ini mencapai 2716 batu.
9. sungai Irtish
Sungai ini besumber di daerah pergunungan altai di rusia, dan berakhir di pertemuan sungai Ob (sungai terpanjang peringkat 5) dengan panjang keseluruhan mencapai 2758 batu.
8. Sungai Parana
Sungai ini terletak di paraguai, alirannya bermula dari pertemuan antara sungai paranaiba dan sungai grande, dan berakhir di daerah Rio de La Plata dengan panjang keseluruhan mencapai 2795 batu. 
7. Sungai Yenise
Sungai ini merupakan salah satu sungai terpanjng di daerah Rusia. berhilir di Gunung Tannu-Ola di daerah Tuva barat, Rusia, dan bermuara di samudera Artik, dengan panjang keseluruhannya mencapai 2800 batu. 
 6. Sungai Huang He
Sungai Huang He atau sungai kuning, Aliranya bermula dari sisi timur gunung Kuanlan dan terus mengalir hingga Teluk Vhihli di China bahagian barat, panjang keseluruhan sungai ini adalah 2900 batu. 
5. Sungai Ob
Sungai ini adalah batasan yang berakhirnya aliran sungai Irtish (No. 9). Aliranya bermula dari gunung Altai Rusia dan bermuara di teluk Ob dengan panjang keseluruhannya mencapai 3459 batu. 

4. Sungai Yangtze
Inilah sungai terpanjang di daratan China, Sungai Yangtze atau sungai Chang Jiang, mengalir dari dataran tinggi Tibet hingga bermuara di laut China. Panjang keseluruhannya mencapai 3602mil.
3. Sungai Mississippi
 Sungai Mississippi ialah sungai terpanjang kedua di benua Amerika. Alirannya bermula dari daerah pergunungan Red Rock di Montana dan berakhir di Teluk Mexico dengan panjang keseluruhannya mencapai 3713 batu.
2. Sungai Amazon
Bermula dari aliran glazer tasik Fed di peru kemudian melintasi beberapa negara Amerika latin dan berakhir di Lautan Atlantik dengan panjang keseluruhan mencapai 3912 batu.

1. Sungai Nil
Inilah Sungai terpanjang di Dunia, Sungai yang menjadi simbol kemakmuran rakyat mesir ini berhulu di Tasik Victorial dan terus mengalir sampai Laut Mediteranian dengan panjang keseluruhan sungai mencapai 4180 batu.
HALIMISLAM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan