Home Klik Di Bawah

Isnin, 23 April 2012

Budak Lelaki Pelik Tidak Ada Rasa Sakit

Seorang budak lelaki yang berusia 3 tahun iaitu Josh Hodgkiss mungkin boleh dianggap pelik kerana tidak mempunyai deria rasa sakit. Dia pernah menggigit lidahnya hingga hampir separuh, mencabut kuku kaki begitu saja tanpa dia rasa apa-apa. Walaupun begitu, keadaan tersebut merungsingkan kedua ibu-bapanya kerana ia tidak normal dan bimbang sesuatu yang buruk akan berlaku.


 



Budak lelaki itu sebenarnya lahir dengan penyakit genetik yang dikenali sebagai Sindrom Smith-Magenis, yang juga bermakna dia tidak mempunyai perasaan bahaya dan berjaga ketika semua orang tidur kerana hormon tidurnya diterbalikkan. Ibu bapanya iaitu Mark dan Stephanie Hodgkiss, dari Telford, Shropshire, England, telah membelanjakan kira-kira £12,000 mengubahsuai rumah untuk membantu Josh, termasuk memasang lampu deria.

Mereka juga telah memberikan khemah berpad yang berharga £10,000 untuk dia tidur, jadi dia tidak mencederakan dirinya. Ibunya yang merupakan surirumah sepenuh masa, Stephanie, 25, berkata: “Perkara terburuk tentang keadaannya adalah bahawa dia tidak merasa sakit. Itu menakutkan.”

“Saya pernah keluar dari bilik air dan melihat darah merata-rata.” “Josh telah membelah lidahnya hingga separuh tetapi dia hanya duduk menonton televisyen.”
Ketika dia dilahirkan, ibu bapanya telah dituduh memberinya terlebih makan kerana dia telah mengalami sembelit kronik. Pada mulanya, doktor menyangka Josh mengalami ‘spina bifida’ tetapi ujian darah menunjukkan dia mengalami Sindrom Smith Magenis.
nizarazu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan