Home Klik Di Bawah

Rabu, 11 April 2012

Jenis Tenaga Yang Boleh Diperbaharui (Renewable Energy)

Kebergantungan masyarakat dunia pada bahan api fosil seperti minyak dan gas banyak mempengaruhi ekosistem bumi kita,kebanyakannya negatif dan mengakibatkan kesan yang buruk kepada hidupan. Ini semua menyebabkan negara2 mula sedar kepentingan tenaga yang boleh diperbaharui yakni lebih bersih dan selamat.Di Malaysia tenaga kitar semula yang utama digunakan adalah tenaga hidroelektrik namun tenaga yang terhasil adalah rendah berbanding arang batu dan gas.

 
 


Disini saya senaraikan jenis2 tenaga yang boleh diperbaharui mengikut keutamaan iaitu:

1.)Tenaga solar
Matahari merupakan sumber tenaga yang utama didunia ini dan sudah menjadi kegunaan manusia sejak dahulu lagi.Banyak kelebihan diperoleh dari tenaga ini selain dari tujuan pemanasan ia juga dapat menjana elektrik.Umumnya kebanyakan tenaga yang terhasil adalah bersumberkan secara langsung atau tidak langsung dari matahari seperti tenaga angin (haba dari matahari),pertumbuhan pokok,peresapan dan kondensasi (pengaliran air),dan tumbuhan lain yang digunakan sebagai sumber biomass.

2.)Tenaga angin
Sama seperti solar yang mana sudah digunakan sejak dahulu lagi terutamanya bagi tujuan pelayaran,kincir angin,dan sebagainya.Terhasil daripada pergerakan udara ketika udara panas dan sejuk saling berganti.

3.)Tenaga hidro
Tenaga yang dijana melalui kitaran semulajadi iaitu proses hujan dimana daya kuat ketika air turun dihasilkan secara sekata.Aliran yang melepasi turbin diserap kembali dan turun ketika hujan menyebabkan proses ini sentiasa berterusan untuk membekalkan kuasa.

4.)Tenaga biomass
Juga diguna sejak dahulu seperti penggunaan dapur lama yang menggunakan kayu untuk pembakaran.Namun 
pada masa sekarang gas metana yang terhasil dari sisa pertanian,industri dapat menghasilkan tenaga elektrik dan sekaligus mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida.Contoh mudah adalah dalam teknologi pengangkutan yang sudah mula menggunakan tenaga biomass.

5.)Hidrogen
Walaupun kajian masih lagi di peringkat awal,hidrogen mempunyai potensi yang sangat besar bukan sahaja sebagai bahan api namun sebagai sumber bekalan tenaga.Terdiri daripada bahan yang sangat mudah didapati di bumi seperti air.

6.)Tenaga geotermal
Dihasilkan daripada haba dibawah tanah menghasilkan stim dan air panas yang dapat digunakan pada generator kuasa dan juga sebagai pemanas rumah.

7.)Tenaga laut (Ocean Energy)
Mempunyai beberapa bentuk berasaskan daya kuasanya seperti tenaga ombak dan tenaga geotermal tetapi pada dasar laut.

Jenis2 tenaga yang boleh diperbaharui ini kebanyakannya dapat digunakan di negara kita.Usaha2 kerajaan mengurangkan pelepasan gas hijau juga dapat memberi laluan mudah teknologi2 hijau ini dapat berkembang lebih jauh.
OHBELOG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan