Bentuk keseluruhan menara berketinggian 600 meter ini diilhamkan berdasarkan reka bentuk muqarnas, iaitu sejenis pintu gerbang dan sistem kabel tradisional Iran . Unit-unit kediaman akan kelihatan 'tergantung bersama' daripada dua kaki kukuh struktur ini. Struktur kaki terdiri daripada kekuda dengan teras yang mempunyai tempat letak kereta di bahagian bawah. Ini membantu memastikan mereka ringan, dan struktur yang fleksibel jika berlaku gempa bumi.
Di bahagian atas menara ini, lantai yang kukuh dibina di atas sel-sel yang tergantung untuk mewujudkan sebuah taman hijau atas bumbung yang luas untuk kegunaan penduduknya beriadah. Kedudukan taman yang tinggi dan sel-sel kediaman rumah yang tersusun membantu melindungi pendudk daripada pencemaran bunyi bandar, dan melindungi mereka daripada cahaya terik matahari.
.archdaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan