Home Klik Di Bawah

Isnin, 16 April 2012

Tips Memilih Barang Mainan Untuk Bayi

Kali ini PCB nak memberi tips berkaitan parenting (keibubapaan). Isu yang dibangkitkan ialah tips untuk memilih barang mainan untuk bayi. Mainan merupakan elemen penting dalam meningkatkan minda dan fizikal bayi. Di pasaran kini terdapat banyak jenis mainan yang sangat sesuai untuk bayi. Namun begitu, terdapat kesilapan yang dilakukan oleh ibu bapa dalam memilih mainan untuk bayi.


Kali ini, PCB akan memberikan beberapa tips untuk memilih barang mainan yang sesuai untuk bayi.


 




1) pastikan mainan adalah besar daripada mulut bayi


Bayi yang baru belajar tentang alam sekelilingnya lebih cenderung untuk memasukkan objek yang dijumpai ke dalam mulut. Jika mainan itu kecil, bayi mudah untuk menelan mainan tersebut dan menyebabkan bayi tercekik. Jadi, pilihlah mainan yang bersaiz agak besar daripada mulut baby.



2) belilah barangan yang berkualiti tinggi dan tidak mengandungi bahan kimia berbahaya


Seperti yang saya katakan tadi, bayi suka memasukkan objek ke dalam mulut. Elakkan daripada membeli mainan dari Negara China. memanglah harganya murah tetapi tidak berkualiti tinggi dan yang paling penting ada yang mengandungi toksik yang sangat berbahaya terutamanya kepada baby.



3) lihat label umur pada mainan tersebut


Biasanya, mainan yang berkualiti akan mengesyorkan usia berapa yang sesuai untuk bermain dengan mainan tersebut. sesuaikan dengan anak anda. Jangan pula mainan untuk kanak-kanak kita berikan kepada bayi. mungkin tidak sesuai.



4) belilah mainan yang merangsang minda bayi


Kebanyakan mainan di pasaran hanyalah sekadar mainan dan bukannya untuk meningkatkan minda bayi. memanglah bayi itu masih kecil, tapi waktu sebeginilah yang paling sesuai untuk mendidik mereka. Mainan yang dapat meningkatkan ketajaman minda bayi adalah sangat bagus.



Yang paling penting, walaupon kita sudah membeli mainan yang bagus dan berkualiti, jagalah baby kita yang sedang bermain terutama yang sudah boleh merangkak. Keselamatan mereka adalah yang utama.

PAKCEKBIOLA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan