Home Klik Di Bawah

Selasa, 1 Mei 2012

Episod 1 : Pertemuan Terakhir Diiringi Harum Kasturi .


Seorang wanita yang dikenali sebagai Mazni sedang memandu pulang ke kampung halamannya. Sewaktu dalam perjalanan, dia telah ditahan oleh seorang wanita bertudung putih dan meminta keizinan untuk menumpang. Ceritanya bermula ..
 
Mazni baru mendapat kerja diutara tanah air.  Memang hajat Mazni untuk pulang ke kampung halamannya kerana ingin menjaga ibunya yang sakit dikampung.  Lagipun, Maznilah satu satunya harapan ibunya kerana bapanya telah meninggal dunia ketika Mazni berumur 15 tahun dan Mazni tidak mempunyai adik beradik yang lain kerana dia anak tunggal.
 
 
Walaupun berat hati Mazni untuk berpindah dari ibu kota ke kampung halamannya namun apabila mengenangkan ibunya yang tinggal seorang diri dikampung, Mazni pasrah.  Selama hampir 6 tahun, Mazni tinggal dibandar dan kalau boleh dia ingin membawa ibunya tinggal bersama namun ibunya enggan mengikut kerana dia lebih selesa tinggal dikampung. Setelah mengemaskan barang barangnya, Mazni bersalam salaman dengan kawan serumahnya.  Memang sedih kerana terpaksa berpisah dengan mereka disebabkan hubungan mereka yang rapat seperti adik beradik. Namun demi ibu tersayang, Mazni terpaksa akur dengan keputusan yang telah dibuatnya.
Mazni sengaja memandu pada waktu malam untuk pulang ke kampungnya kerana perjalanan pada waktu malam lebih selesa dan sejuk.  Lagipun Mazni memandu seorang diri pada malam itu.  Sambil mendengar lagu lagu diradio, Mazni teringat akan ibunya.  Memang ibu tua itu banyak berkorban demi Mazni kerana setelah kematian bapanya, ibunyalah yang berkerja keras  menyara dan membesarkan Mazni.  Jam menunjukkan tepat 12.30 malam.  Walaupun hari sudah larut malam, mata Mazni masih segar ..
Memandu di kawasan lebuhraya memang tidak memenatkan tetapi Mazni kurang suka memandu dilebuhraya kerana dia cepat mengantuk tambah pula memandu kereta auto.  Selepas melalui laluan lebuh raya,  Mazni masuk pula ke laluan jalan biasa.  Sedang asyik Mazni memandu, tiba tiba kenderaannya ditahan oleh seorang wanita tua bertudung putih ..
Tanpa banyak soalan, Mazni mempelawa wanita tua itu menaiki keretanya.  Wajah wanita tua itu kelihatan pucat.  Dia tidak banyak bercakap dengan Mazni.  Sambil menunggu sampai ke rumahnya, wanita tua itu sempat berzikir.  Tersentuh hati Mazni melihat wanita tua itu.  Teingat dia pada ibunya.  Tentu ibunya sedang menunggu kepulangannya dirumah.  Sambil memandu, Mazni sempat mencuri pandang wajah wanita itu. Wjahnya tidak jelas kerana ditutupi oleh selendang putih dikepalanya.
Tetapi apabila mendengar suaranya, dia seperti biasa dengan suara itu.  Begitu juga perwatakan wanita tua itu.  Memang seperti biasa dengan diri Mazni.  Mazni ingin bersenbang dengan wanita tua itu tetapi apabila melihat wanita itu sibuk berzikir, hajatnya untuk sembang terbantut. Tiba di satu simpang, wanita itu menyuruh Mazni menurunkannya di situ.  Pelik jugak dihati Mazni kerana setahu Mazni, tidak ada rumah dikawasan itu tetapi wanita itu beria ia memberitahu Mazni bahawa rumahnya terletak jauh ke dalam ..
simpl3blog.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan