Home Klik Di Bawah

Rabu, 2 Mei 2012

Episod 2 : Pertemuan Terakhir Diiringi Harum Kasturi ..

Sambungan dari Episod 1 .. 
.. Selepas mengucapkan terima kasih, wanita itu berlalu dicelah celah kegelapan malam dan kabus tebal.  Sekelip mata kelibat wanita itu hilang dari pandangan mata .. 

Mazni meneruskan perjalanan.  Tetapi hairannya, sungguhpun wanita itu telah pulang ke rumahnya, bau harum bunga kasturi menyelubungi kereta Mazni.  Jam menunjukkan ke angka 3 pagi.  Entah mengapa perjalanan kali ini terasa begitu lama.


Mazni sendiri keliru kerana sedah beberapa kali dia melalui jalan yang sama tetapi dia masih tidak sampai ke rumahnya.  Mazni keresahan.  Entah berapa kali Mazni terpaksa melalui jalan yang sama.  Dia seolah olah gagal menemui pulang ke rumahnya.  Selepas membaca beberapa potong ayat ayat Al-Quran, barulah Mazni berjaya menemui jalan kerumahnya.

Dalam keadaan hujan renyai renyai, Mazni melangkah masuk kerumahnya.  Kepulangan Mazni disambut oleh ibu saudaranya.  Hati Mazni mula berdebar debar.  Sejak dia sampai, dia tidak nampak kelibat ibunya.  Mazni mula berasa resah.  Berkali kali dia mendesak ibu saudaranya memberitahu dimanakah ibunya.  Setelah didesak beberapa kali, ibu saudarannya bahawa ibunya telah kembali ke rahmatulllah petang sebelum Mazni pulang ke kampung.  
Ibunya telah ditimpa kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke klinik.  Oleh kerana kecederaan yang dialami oleh ibunya agak parah, saudara mara dan orang orang kampung bersepakat mengebumikan ibunya setelah gagal menghubungi talian telefon bimbit Mazni.  Kebetulan, Mazni baru sahaja kehilangan telefon jadi dia tidak dapat dihubungi dan berhubung.

Mazni jatuh pengsan kerana tidak dapat menerima berita pemergian ibunya.  Hampir dua hari dia tidak sedarkan diri.  Namun akhirnya Mazni akur dengan ketentuan ilahi.  Tetapi. Mazni masih musykil.  siapakah wanita tua yang dijumpai pada malam dia pulang ke kampung.  Mingkinkah wanita tua itu roh ibunya.
Walaupun Mazni tidak mengetahui siapakah gerangan wanita yang menumpang ketika ia sedang melalui jalan di lebuhraya, tetapi hatinya seolah-olah kuat mengatakan itu adalah roh ibunya. Apa yang kita perlu tahu bahawa, setiap roh yang mati, iaitu apabila roh dan jasad sudah terpisah, maka roh tidak akan berada di dunia in lagi. Wallahua’alam ..
simpl3blog.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan