Home Klik Di Bawah

Ahad, 20 Mei 2012

Kentang Terbesar Di Dunia Seberat 3.8 Kilogram..

Memang puas hati rasanya kalau dapat beli kentang besar-besar macam ni..Bab harga pulak, faham-faham la, kalau dah kentang pun besar, harga pun mesti nak besar jugak kan..Entah-entah, harga sebijik kentang ni pun dah macam harga 20 biji kentang, rasanya laa..Tapi yang aku musykil tu, apa jenis biji benih dan baja yang diorang guna sampai dapat kentang besar gedabak macam tu, haishhh..Apa-apa pun, meh kita usha cerita pasal kentang tu kat bawah ni..



 






Kentang milik seorang petani di Northampton Massachusetts, Amerika Serikat ini menjadi yang terbesar di dunia dengan berat 8.4 auns atau 3.8 kilogram. Kentang gergasi itu telah dipamerkan di Sommerset, Barat British.


Kentang tersebut telah dihasilkan oleh si tukang kebun bernama Peter Glazebrook yang telah mencuba selama 10 tahun bagi mendapat kan hasil seperti itu. Dia amat yakin yang kentangnya akan mampu mengatasi pemegang rekod sebelumnya iaitu hanya berbeza 225 gram lebih berat daripada kentang miliknya.


Semasa tahun 2008, terdapat seorang petani dari Lebanon mempunyai kentang seberat 11.3 kg. Namun tidak jelas sama ada ia secara resmi dimasukkan ke dalam buku rekod dunia atau tidak. Tetapi catatan rasmi dari Guinness Book of Records, hingga kini kentang raksasa yang baru direkodkan hanya sekadar mencapai berat 3.5 kg. Secara automatiknya, kentang Peter adalah yang paling besar.


Selain kentang, juga dipamerkan adalah labu raksasa yang pernah dihasilkan oleh seorang petani amatur di Britain iaitu seberat 548.8 kg, hampir setengah tan.


Peter Glazebrook kini masih menunggu keputusan dari Guinnes World of Records untuk melihat dan mencatat akan kentang raksasa tersebut . Dia juga mendedahkan tip-tip kejayaannya kepada orang ramai.


"Musim menanam yang panjang amat diperlukan bagi mendapat saiz kentang dengan ukuran yang sebesar mungkin," kata nya kepada The Sun.


Kentang yang boleh membesar sehingga mencapai ukuran raksasa, adalah daripada jenis Kentang Kondor. Kentang tersebut akan tumbuh menjadi besar asalkan diberi penjagaan yang sesuai. Walau bagaimanapun, ia memerlukan usaha yang berterusan bagi mendapatkan hasilnya.
drysheet

Tiada ulasan:

Catat Ulasan