Laman Facebook milik Observatori Negara Langkawi (NOL), di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, memberikan pautan www.falak-online.net yang menyebut matahari akan berada tepat di atas Kaabah dua kali setahun iaitu pada jam 5.16 petang 28 Mei dan juga jam 5.28 petang 16 Julai.
Di Makkah, Arab Saudi, ia berlaku pada jam 12.16 tengah hari 28 Mei dan jam 12.28
tengah hari pada 16 Julai.
Laman sesawang itu juga memaklumkan cara menyemak arah kiblat iaitu dengan memacak kayu atau pancang di atas tanah yang tidak dilindungi sebarang pokok atau bangunan supaya bayang kayu yang dipacakkan itu dapat dilihat dengan jelas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan