Home Klik Di Bawah

Jumaat, 25 Mei 2012

Mengapa Harus Mandi?

Bersuci adalah suatu perkara yang amat dititikberatkan di dalam Islam..

Namun..
Terdapat segelintir daripada kita..
Tidak mengambil berat tentang mandi ini..
Apalagi ada sifat malas untuk mandi sehingga ada yang tak mandi selama sehari atau beberapa hari tanpa alasan yang munasabah..   





Sabda Nabi S.W.T :
“Tidak diterima solat tanpa bersuci.”
~Riwayat Imam Muslim, Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abdullah bin Umar~

Hadis ini menunjukkan bahawa bersuci adalah wajib sebelum menunaikan solat.
Sekalian ulama telah sepakat bahawa bersuci adalah salah satu syarat sahnya solat..
Tidak sah solat tanpa bersuci.
Itu dari sudut agama..
Dari sudut saintifik pula..
Mandi tidak hanya membuatkan badan segar..
Tetapi ada manfaat lain disebalik itu...
Sebenarnya..
Mandi juga memiliki peranan dalam meningkatkan sistem kekebalan,mencegah penyakit kulit, bahkan untuk menyembuhkan masalah kesihatan yang serius.


Beberapa kajian yang menunjukkan bahawa mandi itu berkhasiatantaranya adalah: 
Pengidap Diabetes
Untuk pengidap diabetes..
Dengan setengah jam berendam di dalam air yang hangat dapatmenurunkan aras gula dalam darah sekitar 13%...
Kesihatan Jantung
Dengan berendam selama 10 minit dalam air yang hangat dapatmemperbaiki kesihatan jantung baik lelaki mahupun wanita..
Eksema
Eksema adalah penyakit radang kulit yang kronik..
Dengan rasa kering dan gatal..
Untuk penderita penyakit kulit seperti eksema, ruam, gatal-gatal..
Ini dapat dirawat dengan menambahkan baking soda ke dalam tab mandi..
Kerana berdasarkan kajian baking soda itu bertindak sebagai antiseptik..
Caranya..
Pertama sekali isi dengan air suam..
Tambahkan kira-kira satu senduk baking soda dan kacau sehingga larut..
Digalakkan berendam selama 10-20 minit..
Infeksi
Untuk infeksi..
Tambahkan pada air panas suam tiga atau empat sudu cuka buah epal (apple cedar)..
Berendamlah selama 15-20 minit...
Ini juga baik untuk mengeluarkan racun dari dalam tubuh kerana cuka dapat menyeimbangkan kembali asid...
Selsema dan Sakit Kepala
Untuk menyembuhkan selsema dan sakit kepala dapat dilakukan dengan merendam kaki dalam air suam..
Masukan air suam secukupnya dalam tab mandi sehingga menutupi kaki dan pergelangan kaki..
Tambahkan beberapa titisan minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Setelah selesai bilas dengan air biasa..
Lakukan selama 10-20 minit. 
Insomnia
Untuk penderita insomnia atau yang menderita masalah tidur..
Mereka boleh merendam kaki dalam air sejuk..
Masukan kaki sehingga kaki merasa sejuk...
Cara ini juga berguna bagi kaki kejang, pendarahan hidung, dan sembelit. 
Sirkulasi
Jika anda mengalami masalah sirkulasi..
Cubalah dengan merendam kaki selama satu atau dua minit didalam air suam.. Kemudian 30 minit dalam air sejuk..
Manfaat mandi yang sihat
Mandi air panas sekitar 32-35 darjah Celsius dapat membuka liang – liang  yang dapat membantu mengeluarkan racun..
Di mana ia berfungsi membantu menurunkan aras gula darahmenyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya dapat bekerja dengan baik..
Waktu yang disyorkan adalah selama 10-20 minit.
Mandi dengan air yang sejuk pula dapat menghilangkan stress..
Kerana dapat meredakan ketegangan..
Dan disyorkan dengan suhu sekitar 12-18 darjah celcius.
Ini terbalik dengan mandi air panas kerana ia akan menyempitkan darah dan meningkatkan aras gula darah.
Oleh sebab itu, pengidap diabetes tidak digalakkan untuk mandi air sejuk..
P/s:
Rajinkanlah diri untuk bersuci terutama apabila kita ingin bersolat..
Kerana Allah menyukai hambanya yang suka menyucikan diri..
Wallahualam..
 pokok2u

Tiada ulasan:

Catat Ulasan