Home Klik Di Bawah

Khamis, 3 Mei 2012

Surat Permohonan Kepada Rempit


Ayeem bin Ayam
Reban 11,
Kampung Sungai Dedak,
Shah Ayam,
Selangor
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Adnan bin Adunan
Kepala Rempit,
Malaysia

Abang,

PERKARA: PERMOHONAN HORMATI ORANG LAIN




Merujuk perkara di atas,

2. Berdasarkan maklumat di atas, saya Ayeem Ayam mewakili seluruh rakyat Malaysia ingin menyeru agar semua mat rempit sumbat ekzos motor dengan span dan bekas/papan telur seperti di studio jamming. Ini kerana bunyi nyaring ekzos motor abang dan rakan-rakan sering kali memecah hening malam, memutus kening ayam, dan menganggu tidur orang awam.

3. Selain dari itu, kalau nak merempit sekalipun, saya memohon supaya mat rempit 'tuck in' atau bahasa skemanya memasukkan baju ke dalam seluar. Ini pula kerana, setiap kali abang dan rakan-rakan menunggang laju, baju kamu semua berkibar-kibar sehingga menampakkan badan. Hilang selera makan saya bang.

Justeru itu, saya berharap abang dan rakan-rakan mempertimbangkan permintaan saya ni, kerana dua perkara di atas melibatkan masyarakat sekeliling. Kalau kamu semua terjatuh semasa wheelie motor, itu urusan kamu, saya tiada masa nak jenguk-jenguk kamu semua. Kalau bab kekah bohsia pula, urusan kamu dengan Tuhan.

Akhir kata, jangan merempit kalau rasa belum cukup banyak pahala.

Sekian, terima kasih.

-------------------------
Ayeem bin Ayam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan