Home Klik Di Bawah

Khamis, 10 Mei 2012

Video Dera Anak - Kesimpulan Aku - Ramai Dapat Subkontrak Dari TUHAN.

Aku dah tengok video tu, sejak pagi semalam. Tetapi aku tak sebarkan. Aku ingin tahu dulu apa yang sebenarnya berlaku dan tidak terus buat kesimpulan. Percayalah, setiap yang berlaku pasti ada sebab.

Maka, sejak awal petang semalam, aku memulakan misi mencari maklumat termasuk dari beberapa kenalan yang bertugas dengan Polis Diraja Malaysia.

Akhirnya aku berjaya bercakap dengan source paling reliable.

Sumber sumber aku di IPD Petaling Jaya dan ibupejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). 
 
 
 
 

Keduanya mengesahkan ia kejadian tahun lalu dan pelbagai maklumat lain yang tak boleh aku tulis di sini kerana ia akan mengaibkan si ibu.

Aku lihat banyak blog dan forum secara hebatnya menyiarkan semula video itu biarpun pihak Youtube sudahpun memberhentikan penyiaran video itu. Kenapa Youtube memberhentikan penyiaran video itu? Fikir tak? 

Ini hakikat yang kita nafikan: wanita berusia awal 20-an itu dan masih tidak bersuami sudah menjalani hukuman.

Hukuman.

Itu hukuman di dunia. Hukuman di akhirat itu pasti. Tetapi tidakkah kita dididik, Allah itu Maha Pengampun? Kitakah yang mencipta manusia lain sehingga kita berhak mencerca si ibu itu dengan sehebat cercaan?

Kehebatan kita mencerca si ibu itu lebih hebat dari Tuhan. Itulah kita. Ingat kisah Dirang? 

Tahukah kita, Allah SWT - biar berulang kali kejahatan kita, biar berulang kali dosa kita, tetapi Maha Mengampuni kerana Allah SWT itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui? Allah sentiasa memberi peluang kepada kita. Tetapi kita, tidak.

Secara teorinya, si ibu dipenjarakan sejak Mei 2011. Maka, jika hukuman dijalani sepenuhnya, si ibu bakal melangkah keluar dari penjara November nanti.

Namun, cuba fikirkan, si ibu mungkin dibebaskan kurang dari 18bulan. Bagaimana nanti dia mahu berdepan dengan masyarakat, apatah lagi jika dia penuh dengan keinsafan dan kekesalan akan apa yang sudah dilakukan. Hukuman sudah dijalani. Mampukah cercaan kita semua mengubah apa yang sudah berlaku?
 
Kita tak tahu apa yang bakal berlaku hari esok. Mungkin dia akan insaf. Sebaik dia melangkah keluar dari penjara dengan keinsafan di hati dan mahu memulakan semula kehidupan dengan anaknya, dia terus dicemuh. Hati wanita, lembut. Si kecil itu tetap anaknya.Tetap darah dagingnya.

Aku ngeri membaca cercaan di pelbagai blog dan forum terhadap ibu muda ini.

Kita tak semulia mana pun. 

Aku pasti ada juga yang meninggalkan komen itu bergelar ibu. Aku pasti sesekali tu terlepas juga tangan memukul anak 'demi mengajar'. Itu justifikasi kita. Ya, kita sentiasa ada justifikasi kalau kena pada diri kita. 

Bayangkan, kalau dikumpulkan cercaan tu semua, boleh dijadikan jambatan hingga ke Gunung Everest. Dan Allah Maha Mengetahui. Kita tahu ke, walhal kita mencerca ibu muda itu, tatkala itu jugalah si ibu sedang kusyuk menginsafi perbuatannya yang mengikut perasaan dan sujud kembali kepada Allah memohon keampunan kerana memperlakukan rezeki dariNya?

Pasti tak pernah terfikir kan.
 
Bila si anak itu besar nanti, jika Allah SWT dah tetapkan si kecil itu nanti seorang yang lebih baik dari kita, bagaimana? Apatah lagi dengan doa dari ibunya sendiri. Dan dia tetap menjaga ibunya hingga ke akhir hayat, bagaimana? 

Ya, kita lebih suka sesuatu yang lebih buruk dari yang baik.

Kita Tuhan ke? Kita dapat subkontrak dari Tuhan ke untuk mencerca begitu hebat sekali?

Mungkin aku tak nampak, tetapi aku yakin tiada satupun komen di blog mahupun forum yang menyiarkan video itu melafaz: Alhamdulillah, si ibu sudah menjalani hukuman dunia dan Alhamdulillah, si kecil masih hidup dan selamat.

Aku juga sedikit kecewa dengan sesetengah blog dan forum yang memiliki followers berjuta juta berbanding blog aku yang sekelumit pembaca. Daripada menjadi penulis bertanggungjawab untuk mengajak pembaca mendoakan si ibu untuk menjadi lebih baik, mereka menggalakkan pembaca untuk mencerca, mencaci, memaki. 

Aku tak tahu apa motif mereka tetapi aku sempat menghantar mesej melalui FB kepada salah satu blog terkenal memberikan justifikasi aku, memohon agar tidak terus dibiarkan galakan kepada pembaca mencaci, mencerca, memaki hamun manusia lain yang sama bersolat 5 waktu dan sama dihitung kebajikan dan kejahatan kita kelak di Padang Masyhar. 

Aku rasa sudah sampai masanya, penulis dan pemilik blog lebih bertanggungjawab apabila berlaku kes-kes seperti ini. 

Bayangkan - 1,000 pembaca meninggalkan komen.

Jika galakan sudah diberikan untuk mencaci, mencerca dan memaki hamun, tentulah ia mengundang itu semua. 

Tetapi, bayangkan jika galakan diberikan untuk mendoakan agar si ibu insaf dan kembali menjadi seorang ibu yang baik, wow, 1,000 orang berdoa!!  Lepas tu bersolat jemaah, ditambah empat dalam satu keluarga, itu sudah 5,000 doa. 

Aku yakin jika blog mahupun forum yang merasakan mereka terkenal dan popular akan lebih terkenal malah disanjungi kerana tetap mendidik pembaca biarpun kes itu menimbulkan kemarahan masyarakat. Tidakkah kita fikir, cara seumpama ini bakal mengundang chain reaction? Aku tak mahu tulis apakah chain reaction itu kerana aku yakin ramai yang bijak di sini.

Apapun, mahkamah dunia sudahpun menjatuhkan hukuman terhadap ibu muda ini dan Allah sahaja yang berhak menghukum ibunya nanti di akhirat kelak.

Doakanlah ibu muda ini.
 hazrey.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan