Home Klik Di Bawah

Isnin, 18 Jun 2012

BUAH MENTEGA JOM KENALINYA....seralat org kedah kata...

Di negeri Perak, buah nadir ini dinamakan sebagai buat “seralat” atau “salat” sahaja. Sementara di tempat-tempat lain di Malaysia, namanya ialah buah mentega atau mentiga. Nama saintifiknya ialah “Diospyros blancoi” – merupakan tumbuhan hutan yang sememangnya berasal dari Malaysia.

Rupa buah seralat atau mentega yang cukup matang di pohonnya.







Pokok seralat atau mentega ini semakin sukar ditemui mungkin kerana buahnya kurang digemari. Saiz buahnya yang hampir sebesar kepal tangan manusia normal itu berwarna hijau keperangan semasa ianya muda dan bertukar kemerahan bila hampir matang atau masak.

Rupa buah seralat atau mentega yang cukup matang.

Kulit buahnya mempunyai bulu-bulu halus seperti bulu miang batang buluh itu – agak menyakitkan jika terkena kulit badan kita. Oleh itu amat elok kita menggunakan sarung tangan apabila memegang buah mentega ini.

Buah seralat atau mentega di pokoknya.

Sebelum mengupas kulit buahnya, elok digosokkan kulit buah itu kepada sabut kelapa atau kain lusuh untuk menghilangkan bulu-bulu halus umpama baldu di sekeliling buahnya. Setelah kulitnya bersih dari bulu yang miang itu, elok juga buah tersebut dibasuh dengan air bersih supaya buah mentega kita lebih sesuai untuk dimakan. Selepas itu barulah dikupas kulitnya.

Rupa pokok seralat atau mentega di sebuah kampung.

Rupa buah seralat atau mentega yang belum matang.

Apabila cukup masak, biasanya buah mentega ini akan gugur sendiri ke tanah. Rasa buahnya yang sudah cukup masak tidaklah berapa manis tetapi agak lemak - hampir sama seperti timun betik atau timun suri. Mungkin kerana itu ianya dinamakan buah mentega. Baunya agak wangi dan sesuai untuk dimakan bersama ice cream.
idristalu.

6 ulasan:

  1. salam.... maaf yer... sy nak buah mentega ni boleh tak?

    BalasPadam
  2. kat mana ada jual pokok buah ni...dlu masa kecik2 ade kat umah atok..last2 kene tebang sbb nak naikkan rumah sbb pokoknya sangat besar dan tinggi..saya menggemarinya tapi sayang sudah lama mencari tapi masih tak jumpa benihnya.

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Hisham ~ pm private alamat umh mak udeq05@yahoo.com

      Padam