Home Klik Di Bawah

Khamis, 14 Jun 2012

Burung Yang Mampu Terbang Lebih Laju Dari Keretapi Peluru

Kelajuan normal bagi sebuah keretapi peluru (bullet train) adalah kira-kira 241 hingga 300 kilometer sejam. Pernah terfikir sejenis burung yang mampu terbang lebih laju daripada keretapi peluru? Bayangkan jika anda sedang menaiki keretapi peluru, di Jepun misalannya (di Malaysia jika naik keretapi KTMB, kereta kancil pun lebih laju), tiba-tiba keretapi anda dipotong oleh seekor burung dari jauh. Osem bukan?
 
 
 
 
 
 

Antara haiwan yang terpantas di dunia, kelajuan seekor burung pregrine falcon mampu mencapai sehingga 320 kilometer sejam! Menggunakan teknik memburu ala-ala pesawat yang menjatuhkan bom, burung helang ini mempunyai ciri-ciri aerodinamik yang memampukannya memburu haiwan lain, kebiasaannya burung yang berlainan jenis dalam kelajuan yang luar biasa. Burung ini boleh ditemui hampir di seluruh dunia, kecuali kawasan kutub, banjaran gunung yang terlalu tinggi, hutan hujan tropika dan New Zealand. 
Di Malaysia, ada sesiapa pernah nampak?
kfein

Tiada ulasan:

Catat Ulasan