Home Klik Di Bawah

Sabtu, 23 Jun 2012

CUEPACS cadang cuti tanpa rekod untuk tunai umrah

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian cuti tanpa rekod bagi penjawat awam menunaikan umrah.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata CUEPACS akan membuat usul rasmi kepada kerajaan berhubung perkara tersebut dalam masa terdekat.

"Bermula Januari 2009, cuti rehat penjawat awam dikurangkan dari 30 hari hingga 35 hari setahun kepada 17 hingga 25 hari. Penjawat awam hanya dibenar mengambil cuti tanpa rekod untuk aktiviti membabittkan negara atau negeri sahaja dan perlu mengambil cuti rehat atau tanpa gaji untuk menunaikan umrah.







"Ramai penjawat awam yang menunaikan umrah terpaksa menggunakan cuti rehat atau mengambil cuti tanpa gaji. Jadi kita minta kerajaan pertimbangkan semula penggunaan cuti tanpa rekod untuk tujuan itu," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau berkata cadangan itu wajar kerana kebanyakan penjawat awam, terutamanya wanita, banyak mengambil cuti rehat bagi menguruskan pelbagai perkara.

"Kadang-kadang penjawat awam wanita terpaksa mengambil cuti tanpa gaji untuk menjaga suami, ibu, bapa dan anak-anak yang sakit kerana cuti rehat mereka sudah habis," katanya.
Katanya, CUEPACS juga akan mengusulkan agar penjawat bukan Islam menikmati kemudahan cuti tanpa rekod untuk melancong sambil belajar.

"Contohnya kita bagi peruntukan selama 10 hari kepada mereka dan mereka boleh pergi melancong di mana-mana negara yang mereka mahu dengan tujuan untuk meningkatkan ilmu tetapi dengan syarat masti pergi dengan kumpulan, bukannya
individu," katanya.

Omar berkata, CUEPACS akan membawa usul itu menerusi permohonan menambah baik kebajikan penjawat awam selaras dengan usaha kerajaan menambah baik perkhidmatan
awam menerusi penubuhan Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam.
- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan