Home Klik Di Bawah

Isnin, 11 Jun 2012

Nasi Minyak Simple

Assalamualaikum...
dah nak masuk makan tengahri ni , hari ini  ada resepi yg ringkas sgt2...nasi minyak ni, terpulang la nak makan dengan sambal tumis, atau lauk2 lain..saya makan dengan sambal telur dan ikan bilis goreng ja...









Bahan:


  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu besar minyak masak
  • Sehelai daun pandan ( disimpul )
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2 labu bawang besar (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • Sebatang kulit kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 2 cawan beras
  • 3 cawan air
  • Garam secukup rasa
  • ½ camca kecil serbuk kunyit
Cara:
  • Goreng bawang besar dan bawang putih hingga kuning.Masukkan daun pandan,bunga cengkih,bunga lawang,kulit kayu manis , lada hitam dan buah pelaga. Biarkan sebentar.
  • Masukkan beras, air, garam dan kunyit. Kacau kemudian ditutup dan biarkan hingga kering. KEcilkan api dan tanak hingga nasi masak. Hidangkan dan taburkan dengan bawang goreng..........
  •  resepimingguini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan