Home Klik Di Bawah

Khamis, 14 Jun 2012

RILEKS MINDA -Pantun Teka-Teki

Dah penat kerja, jom layan pantun teka- teki untuk kurangkan  penat lelah kita tu ......
 


1.Terbang tinggi si burung helang
   Hinggap di atas pohon meranti
   Anak ramai ibunya seorang,
   Bila bergesel berapi-rapi?





 

2.

Ada tubuh ada tangan,
Tiada kepala tiada kaki;
Sangat berguna waktu hujan,
Apakah dia yang dimaksudkan ini.


3.

Buah budi bidara mengkal
Masak sebiji di tepi pantai
Hilang budi bicara akal
Buah apa tidak bertangkai?


4.

Budak-budak ramai di pekan
Hari raya membakar petas
Kalau adik pandai kiasan
Apakah buah gugur ke atas?


5.

Tinggi duduk di atas sekali,
Bukan bulan bukan matahari;
Bila malam ia berseri,
Bila siang ia berganti.


6.

Tarik pukat dari pangkalan,
Gula Melaka dibuat inti;
Bila diikat ia berjalan,
Bila dibuka ia berhenti?


7.

Cik Limah bersama anak lelaki
Duduk makan keropok lekor
Yang mengejar tidak berkaki,
Yang dikejar tiada berekor?


8.

Pergi umrah setiap tahun,
Moga sentiasa murah rezeki
Dalam batang ada daun,
Dalam daun ada isi?


9.

Bila kecil boleh ditiup,
Sudah besar janganlah lagi,
Kalau tercucuk ia meletup,
Kalau terlepas terbangnya tinggi.


10.

Mulut manis hati nak baik,
Itulah amalan turun temurun;
Benda apa yang akan naik,
Apabila saja hujan turun.


11.

Walau dibungkus bukan kiriman,
Sudah takdir tuhan yang satu,
Meski ditanam bukan tanaman,
Cubalah teka apakah itu?

12.

Hidup aman di dalam kota,
Ada pemimpin bernama raja;
Buruh-buruh rajin bekerja,
Askar bertugas setiap masa.


13.
Pergi ke pekan membeli rambutan,
Rambutan dibeli bersama cempedak;
Wahai tuan tolonglah jelaskan,
Anak siapa sering dipijak.



14.
Tubuhku bernombor, boleh ditekan,
Menjadi penghubung antara manusia;
Yang jauh akan didekatkan,
Jika bijak cubalah teka.
zonfiniti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan