Home Klik Di Bawah

Ahad, 3 Jun 2012

Subhanallah! Mayat Masih Terpelihara Selepas 19 Tahun

Zionis Israel pada Khamis, 31 Mei lalu menyerahkan 91 cebisan mayat syuhada’ Palestin kepada keluarga masing-masing. Semua mayat tersebut adalah mereka yang melakukan serangan bom berani mati di kawasan-kawasan tumpuan bagi membunuh penduduk Israel beberapa tahun lalu.







Islammemo.cc melaporkan, dari kalangan mayat tersebut, seorang daripadanya, As-Syahid Syahib Ahmad Muhammad yang terkorban 19 tahun lalu masih terpelihara dan sedikitpun tidak terdapat kesan reput atau rosak pada mayatnya seolah-olah baru meninggal dunia beberapa minit yang lalu.

Syahib meninggal dunia pada 24 April 1993 ketika melakukan serangan berani mati dan menemui syahid dalam operasi tersebut. Mengulas keadaan mayat Syahib, seorang ulamak tempatan yang juga Pengerusi Majlis Tertinggi Hakim Syar’ie, Syeikh Yusuf Ad’is berkata, “Demikian adalah petanda kemuliaan dari Allah ke atas mereka yang syahid bahawa jasad mereka tidak akan hancur. Ia juga tanda amalan soleh yang dilakukan olehnya diterima di sisi Allah.” Buat Duit Dengan Denaihati
Menurut SAFA, 79 dari cebisan mayat syuhadak Palestin dibawa ke Ramallah untuk tujuan upacara sambutan pada jam sekitar 3 petang, kemudian akan dihantar ke wilayah-wilayah asal mayat syuhada’. Manakala, 12 dari cebisan syuhada’ akan dibawa pulang ke Semenanjung Gaza.

Kita yakin kemuliaanNya juga diberikan kepada sekalian syuhada’ di Syria. Kalian juga wajar menyemai cita-cita untuk syahid kerana kurniaan Allah amat luas buat para syuhada’ Nya. “Syahid cita tertinggi kami!”
 wowberita

Tiada ulasan:

Catat Ulasan