Home Klik Di Bawah

Selasa, 12 Jun 2012

Tradisi Menyumbat Hidung Suku Apatani

Apatani merupakan salah satu kelompok kaum Indian yang terdiri daripada 60 ribu anggota. Mereka dikagumi kerana mengamalkan pertanian yang tidak menggunakan bantuan mesin dan binatang. Suku ini mengamalkan satu tradisi turun-temurun yang agak pelik di mana golongan wanita mengamalkan tradisi menyumbat lubang hidung.


 
 
 
 
 
 

Tradisi ini wujud kerana pada waktu dahulu, golongan wanita di perkampungan ini sering diculik dan dilarikan oleh suku kaum lain kerana mereka terkenal dengan kecantikan paras rupa. Bagi mengatasi masalah ini, maka timbullah idea menyumbat hidung wanita agar suku kaum lain tidak tertarik lagi dengan wanita Apatani.


Selain itu, kaum wanita juga melukis tatoo di wajah mereka. Walaubagaimanapun, seiring dengan peredaran zaman, wanita-wanita moden suku kaum ini sudah tidak mahu lagi meneruskan tradisi ini.



 
myaxander

Tiada ulasan:

Catat Ulasan