Home Klik Di Bawah

Khamis, 26 Julai 2012

Cara Kurangkan Berat Badan Di Bulan Puasa


Ramai yang yakin berat badan akan kurang apabila berpuasa. Hakikatnya hanya segelintir yang berjaya dan ada juga yang makin bertambah akibat berbuka tanpa beringat.

Di sini terdapat beberapa tips untuk menguragkan berat badan semasa berpuasa.
 
 
 
 
 

1. Ramadhan merupakan satu peluang untuk mengurangkan berat badan bagi mereka yang mengalami masalah berat badan berlebihan. Amalan pemakanan sihat yang disarankan bagi mengurangkan berat badan ialah:

2 Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula, minyak serta lemak. Makanan ini mengandungi tinggi kalori. Jika anda tidak dapat menahan diri daripada mengambil makanan ini, ambillah dalam kuantiti yang sedikit.

3, Hadkan pengambilan air manis seperti air sirap atau kordial. Utamakan pengambilan air kosong dan jus buah-buahan yang tidak ditambah gula. Susu rendah lemak juga merupakan pilihan minuman yang baik.

4. Beri perhatian pada saiz hidangan anda. Kebiasaannya, kita akan makan dengan banyak apabila terlalu lapar. Oleh itu sentiasa ingat untuk mengekalkan saiz hidangan yang kecil, walaupun mengambil makanan yang rendah lemak.

5. Lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Makanan ini bukan sahaja mengenyangkan, malah boleh meningkatkan pengambilan serat harian anda.

6. Jangan lupa untuk melakukan senaman ringkas. Berpuasa bukan alasan untuk anda tidak melakukan senaman.
 anak1malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan