* 2 BUNGKUS MEE LIDI
* IKAN / IKAN BILIS (BOLEH DIGANTI DENGAN DAGING JIKA SUKA)
* 3 SUDU CILI KERING YANG DIKISAR
* 3 ULAS BAWANG MERAH- DIKISAR
* 1 ULAS BAWANG PUTIH- DIKISAR
* SEDIKIT HALIA- DIKISAR
* 2 SUDU TAUCHU
* SEPOKOK SAWI
* 2 KELOPAK KOBIS
* GARAM DAN PERASA
* MINYAK UNTUK MENUMIS
* SEDIKIT PERAHAN ASAM JAWA
* AIR UNTUK KUAH
Cara-cara
1. REBUS MEE LIDI DAN KETEPIKAN
2. TUMIS BAHAN KISAR SEHINGGA NAIK BAU.
3. MASUKKAN PERAHAN ASAM JAWA, TAUCHU, GARAM, PERASA DAN KACAU.
4. SETELAH ITU MASUKKAN AIR BIARKAN MENDIDIH KEMUDIAN MASUKKAN IKAN/ DAGING, BIARKAN DIDIH SEBENTAR
5. SETELAH MASAK MASUKKAN SAYUR, BIARKAN BEBERAPA MINIT DAN ANGKAT.
6. CARA MAKAN MEE TAUCHU NI SAMA SEPERTI KITA MAKAN MEE KARI.... MASUKKAN MEE LIDI KEDALAM PINGGAN DAN TUANGKAN KUAHNYA. SEDAP DIMAKAN SEMASA MASIH PANAS. SELAMAT MENCUBA.......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan