Home Klik Di Bawah

Jumaat, 20 Julai 2012

Kisah Iktibar dari 2 Orang Raja... Menarik


Sebuah Kisah Mengenai DUA ORANG RAJA, Yang Ditakdirkan Sakit Pada Masa Yang Sama... Semoga Boleh Dijadikan Ikhtibar Oleh Kita Semua.

Pada Zaman Dahulu, Ada Seorang Raja Yang Sepanjang Hidupnya Bersikap ZALIM, Iaitu Suka Berbuat Sesuka Hati Dan Menindas Rakyat... Suatu Hari Dia Jatuh Sakit... Para Doktor Memberitahu Raja Itu Supaya Bersiap Sedia Mengucapkan Selamat Tinggal Sahaja Kerana Penyakitnya Tidak Boleh Sembuh, Kecuali Dengan Memakan Sejenis IKAN.... Namun Ketika Itu Bukan Musim Ikan Itu Naik Ke Permukaan Laut. Kemudian Allah Memerintahkan Para Malaikat Supaya Mengiringi Ikan-Ikan Itu Naik Ke Permukaan Laut... Raja Yang Zalim Tadi Dapat Memakan Ikan Itu Lalu Sembuh...




Pada Waktu Yang Sama, Seorang Raja Di Negeri Lain Turut Jatuh Sakit. Baginda Adalah Seorang Raja Yang ADIL, Dan Banyak Membuat Amalan Kebajikan... Para Doktor Bersepakat, Penawar Kepada Penyakitnya Adalah Ikan Yang Sama... Namun, Mereka Memberitahu Raja Itu Supaya Tidak Risau Kerana Ikan Itu Sedang Muncul Dengan Banyaknya Di Permukaan Laut... Namun Allah Memerintahkan Kepada Malaikat Mengiringi Ikan-Ikan Tadi Balik Semula Ke Sarangnya Di Dasar Laut... Raja Yang Adil Itu Akhirnya Menghembuskan Nafasnya Yang Terakhir....

Di Alam MALAKUT, Iaitu Di Alam Malaikat Dan Roh, Para Malaikat Berasa Hairan Dengan Fenomena Itu.... Mengapa Harapan Raja Yang Zalim Itu Dipenuhi Allah, Namun Doa Raja Yang Adil Itu Tidak Dikabulkan?...

Allah SWT Menjelaskan, “Walaupun Raja Yang Zalim Itu Banyak Membuat Dosa, Pernah Juga Dia Berbuat Baik... Demi Kasih Sayang-Ku, Aku Beri Balasan Atas Amalan Baiknya... Sebelum Dia Meninggal Dunia, Masih Ada Perbuatan Baiknya Yang Belum Aku Balas... Lalu Aku Segera Membalasnya, Supaya Dia Datang Kepada-Ku Hanya Dengan Membawa Dosa-Dosanya....

Begitu Juga Dengan Raja Yang Bersikap ADIL Itu... Walaupun Dia Banyak Berbuat Baik, Pernah Juga Dia Berbuat Kesalahan... Aku Balas Semua Keburukannya Dengan Bencana.... Menjelang Kematiannya, Masih Ada Dosa Yang Belum Aku Balas.... Lalu Aku Tolak Doanya Meminta Sembuh, Supaya Dia Datang Menemui-Ku Hanya Dengan Kebaikan-Kebaikannya.

Sumber FB

Tiada ulasan:

Catat Ulasan