Home Klik Di Bawah

Isnin, 23 Julai 2012

Resepi Ikan Siakap Kukus


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Warta berita hari ini resepi ikan siakap kukus








Bahan-bahan

  1. Seekor ikan siakap segar dan besar
  2. 3 biji limau nipis
  3. 2 biji bawang besar
  4. 1 biji bawang putih
  5. Garam (secukup rasa)
  6. Cili padi ( ikut suka pedas)
  7. 3 cawan air ( tengok pada saiz ikan)
  8. Sejemput udang kering
  9. Separuh lobak merah
  10. 1/4 bunga kubis (jika suka)
  11. lada benggala (jika suka)
  12. lada besar (jika suka)

Cara -cara :

  1. Masukkan air dalam blender, campurkan perahan air limau nipis, masukan setengah biji bawang besar dan masukkan juga cili padi ikut tahap kepedasan anda dan udang kering.
  2. Setelah diblend, masukkan garam (jika perlu letak aji-no-moto, tapi saya gantikan dengan sedikit gula). Rasa dulu masam manisnya, saya suka masam pedas.
  3. Potong bawang besar bulat-bulat, mayangkan lobak dan bunga kubis, potong lada benggala dan lada besar dengan penuh kesenian.
  4. Letakkan kesemua bancuhan dalam bekas tahan panas (pinggan tahan panas) kemudian letakkan ikan cantik-cantik. Hias dengan hirisan bawang, dan sayur-mayur yang telah dimayang. Hias cantik-cantik.
  5. Masukkan dalam kukus. Masakla antara 15 minit -20 minit dengan api yang terkawal
  6. ZURIANUL

Tiada ulasan:

Catat Ulasan