Home Klik Di Bawah

Isnin, 16 Julai 2012

Resipi Teh Bunga

Entry simple hari ini tentang minuman pula.. Cara-cara untuk kita buat teh bunga atau nama popularnya teh bunga krisantimum (Chrysanthemum Tea)

 
 Teh Bunga ini lebih sedap kerana aroma bunga yang wangi serta rasanya yang lebih sedap berbanding teh daun.. Khasiat teh bunga ini adalah dapat membersihkan badan serta dapat menyejukkan badan pada waktu panas.. Memang elok sangatlah untuk cuaca macam sekarang nie..









Bahan-Bahan (untuk satu jug 800ml) :
  • 10-20 bunga krisantimum
  • gula batu / madu lebah
  • air panas
  • pewarna kuning (jika mahu)
Cara penyediaan:
  • basuh sekejap sahaja bunga krisantimum
  • masukkan bunga krisantimum dalam air panas
  • biarkan bunga kembang dalam air panas selama 5 minit
  • masukkan pemanis (gula batu / madu) mengikut citarasa anda
  • masukkan pewarna kuning untuk warna teh yang menarik (jika mahu)
  • boleh tambah ais untuk hidangan sejuk
itu sahaja caranya..mudah bukan? kalau malas nak guna gula batu atau madu, korang boleh ganti dengan gula biasa.. cuma bila guna gula batu / madu, rasanya lebih sedap lah!
ada juga yang tanya di mana nak dapatkan bunga krisantimum tu? senang sahaja.. cuba cari di kedai ubat cina.. selalunya memang ada di situ.. harganya lingkungan rm40-rm80 sekilogram.. Ada dijual dalam bentuk timbang dan paket.. Selamat Mencuba!
 
 
)
nie contoh bunga yg dalam paket.. 
nasrinasir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan