Home Klik Di Bawah

Isnin, 16 Julai 2012

Senarai Negara Paling Ramai Penduduk Di Dunia

 
Mengikut United Nation dan US Census Bureau’s world population clock, anggaran jumlah penduduk dunia yang dikemas kinikan pada 7hb Januari 2012 ialah seramai 6,986,200,000 orang.

Kira-kira 19.18% daripada jumlah keseluruhan penduduk dunia adalah rakyat negara Cina. Manakala rakyat negara India menduduki tangga kedua teramai di dunia iaitu 17.32%. Menduduki tempat ketiga ialah Amerika Syarikat yang mempunyai penduduk seramai 4.48% daripada keseluruhan penduduk dunia.







Senarai jumlah penduduk di 12 buah negara yang menduduki tangga teratas paling ramai penduduk di dunia adalah seperti berikut:-

1 Cina - 1,339,724,852
2 India - 1,210,193,422
3 USA - 312,811,000
4 Indonesia - 237,641,326
5 Brazil - 192,376,496
6 Pakistan - 178,297,000
7 Nigeria - 162,471,000
8 Rusia - 142,914,136
9 Bangladesh - 142,319,000
10 Jepun - 127,760,000
11 Mexico - 112,336,538
12 Filipina - 94,013,200

Malaysia menduduki tangga yang 42 selepas negara Peru iaitu penduduk seramai 28 juta orang mengikut bancian pada tahun 6/7/2010.

India adalah negara yang mempunyai saiz tanah yang tidak begitu besar kini mempunyai jumlah penduduk yang jauh lebih ramai berbanding Amerika Syarikat. Namun begitu, India masih belum lagi tersenarai dalam 10 negara yang paling padat penduduknya di dunia.

Populasi penduduk di seluruh dunia dianggarkan akan mencecah di antara 8 dan 10.5 billion penduduk pada tahun 2040.

  : wikipedia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan