Home Klik Di Bawah

Isnin, 16 Julai 2012

Tips untuk mendapatkan harga tiket kapal terbang yang murah

Sedang orang lain busy nak bagi tips famouskan blog aku pulak dok busy nak bagi tips kat korang cam ner nak dapat tiket kapal terbang yang murah..ngeee..tu pun kalau korang rasa ini sebagai tips ataupun ini cuma general knowledge yang semua orang pun boleh tahu.. ye la aku dah beberapa kali tekena akibat kurang arif tentang ini. beli tiket harga yang sangt mahal, atau dah beli awal pun tapi trpaksa tuka tiket baru..demmm kost!! so, kat sini aku nak berkongsi dengan korang sedikit yang aku ada untuk mereka yang mungkin ingin tahu pasal benda ni..ok la kita terus kepada tips:
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 

1. Rancang perjalan korang.
Yang ni sangat penting, pastikan korang rancang perjalanan korang betul betul. jangan buat last minit. kalau dah yakin korang terus beli tiket flight awal awal. sebab kalau beli awal selalunya harga tiket murah, jangan esok nak terbang pas tu baru hari ni nak beli..mampus la korang..

2. Rajin survey tiket kat internet.
Dok korang asyik online, blogging dan facebook..korang rajin rajin la survey tiket. kot kot ada tiket yang murah kan.. ala tak beli pon just survey survey je klick kat Booked Tiket, tengok kot kot ada tiket yang murah. pada kebiasaanya kat home website dorang tu ada kurkan iklan. ada promosi. tengok betul betul penerbangn pegi mana dan period booking tarikh bila. kalau berkenan terus je beli. jangan tunggu lama lama sebab tiket macam ni cepat je habis..melepas la korang..

3. Alert dengan promosi.
Ini termasukklah iklan kat tv ataupun news paper. baik beli tiket masa promosi berbanding hari hari biasa. ya la masa promosi ni harga tiket jauh lebih murah..yang seringgit pun ada jugak ok..hehehe..tapi aku tak pena lagi dapat tiket seringgit ni..tak per la kelas ekonomi pun ekonomi la, yang penting dapat beli teket murah dan sampai ke detinasi yang kita nak pegi..so rajin rajin la korang bukak news paper..

4. Beli online atau beli kat kaunter syarikat penerbangan.
Maksud dia di sini ialah jangan beli kat kaunter agen. sebab kalau korang beli kat kaunter agen mereka akan kenakan charge perhikmatan..harga tiket flight biasanya akan mahal sedikit berbanding korang beli online atau kat kaunter sebenar, contoh kalau airasia korang blh terus ke KL Central tingkat atas..beli kat agen mahal pun lebihkurang extra rm30 hingga 50 je, tak silap aku la..kalau korang tak kesah blh je beli..berbanding korang beli online, harga yang dia tunjuk kat situ, jumlah tu la yang korang perlu bayar..sekarang ni banyak kaedah, kredit kat boleh, direct debit drpd akaun bank pun boleh contoh macam cimbklicks ataupan mybank2u..so kalau korang takde akaun cam ni, orang bukak la ya..senang siket, tak yah nak pegi beratur kat kaunter tuk bayar bill..


5. Elakkan shopping lebih lebih ketika beli online.
Ha!! yang ni untuk mereka yang beli tiket secara online. selalu berlaku kalau nak beli tiket airasia. ingat berbelanja mengikut keperluan. masa korang tenga bali tiket online korang akan dicadangkan oleh website tuh  untuk beli barang makanan ataupun barang barang lain melalui internet,..ok fine, mmg harganya agak murah berbanding kalau korang beli masa dalam kapal. tap kadang kadang barang tu tak perlu pun nak beli, ataupaun tak perlu nak beli banyak banyak...kat bawah pun ada jugak benda tuh. untuk mengelakkan rasa lapar dalam kapal korang bolehlah makan sebelum penerbangan bermula..makan yang biasa biasa je ok, jangn overloaded sudah. kang sakit perut pulak masa dalam kapal..adeehh!!
tapi kalau korang beli MAS atau penerbangn lain harga tiket dah termasuk dengn harga makanan, so sebab tu harga tiket tersebut agak sedikit mahal..


6. Berhati hati ketika membuat pembelian online.
Yang ni aku pernah kena sekali..tengok betul betul tarikh dan masa penerbangan time korang buat pembelian online. kalau boleh baca berulang kali. pastikan tarikh dan masa penerbanagn adalah sama seperti yang korang nak. sebab once dah beli, status penerbangan jugak dah conform. so, sebarang pertukaran tarikh dan masa akan dikenakan charge. lagi, contoh seperti airasia, dorng akan kenakan charge rm90 henggit tuk sebarang pertukaran dan charge beza harga tiket...maksud di sini, jika harga tiket yang korang dah beli tu rm100 then tukar tarikh baru yang korang nak harga RM200, so kena bayar RM90 plus RM100 plus new insurance dll..
ashgive

Tiada ulasan:

Catat Ulasan