Home Klik Di Bawah

Selasa, 7 Ogos 2012

Kami AKAN SELAMAT Jika MEMASUKI BUDDHA - Mangsa Rohingya

Muhammad Rafiq, salah seorang pelarian Rohingya.
  Entah syaitan mana yang merasuk kelompok majoriti Buddha dan tentera Myanmar, tanpa belas kasihan dan biadab mereka menyerang, menyiksa, merogol, dan membunuh Muslim Rohingya. Ini termasuklah kepada kanak-anak dan wanita.

Sungguh hebat penderitaan saudara-saudara Muslim kita Rohingya. Muslim disiksa, muslimah diperkosa, rumah dibakar, dirompak dan pembunuhan yang dilakukan dengan begitu kejam oleh kelompok majoriti Buddha Rakhine dan tentera Myanmar.






Perkara ini diceritakan sendiri oleh Muhammad Rafiq, salah seorang pelarian Rohingya pada majlis Dialog Interaktif Rohingya yang dikendalikan oleh International Conference of Islamic Scholars (ICIS), di Jakarta pada Sabtu (4/8/2012).

Antara yang turut hadir ialah Kominisi Nasional Hak Asasi Manusia Asean dari Indonesia, Kementerian Luar Negeri, Ketua  Kominisi Nasional Hak Asasi Manusia Indonesia, wakil Muhammadiyah, PBNU dan Pemimpin Redaksi HU Republika. Seketeriat Jeneral ICIS KH Hasyim Muzadi bertindak selaku "tuan rumah" pada majlis dialog ini.




Para peserta yang menghadiri majlis ini terdiri daripada pelbagai kumpulan termasuklah masyarakat Islam, Katholik, dan para wartawan. Kemuncak dialog ini pastinya saat Muhammad Rafiq menceritakan perlakuan masyarakat majoriti Buddha dan tentera Myanmar terhadap masyarakat Muslim Rohingya.

"Tentera Myanmar dan Buddha Rakhine memasuki rumah kami pada malam hari, menyiksa kami, memperkosa anak-anak perempuan kami dan melarang kami memasak," cerita Rafiq.

Rafiq dan sejumlah pelarian lain sudah 9 bulan berada di Indonesia. Di antara pelarian tersebut, Rafiq adalah antara yang fasih berbahasa Indonesia. Dia cuba menggambarkan kebiadaban kelompok majoriti Buddha dan tentera Myanmar terhadap Muslim Rohingya.

Menurut Rafiq, perkara yang paling sering berlaku ialah orang Buddha yang berpakaian tentera dan menyerang orang Muslim. Mereka tanpa segan silu memasuki rumah-rumah Muslim, lalu menyiksa dan memotong tangan dan kaki anak-anak Muslim.

Keduanya, baik pihak tentera ataupun Buddha saling bantu-membantu dalam menyerang, menyiksa, dan membunuh Muslim Rohingya. Mereka sama-sama melakukan penyiksaan terhadap Muslim Rohingya. Ia menolak dakwaan yang menyebut seolah-olah hanya tentera Myanmar saja yang melakukan tindakan biadab ini, tapi kelompok majoriti Buddha juga tidak kalah kejamnya.

"Jika kami melawan sedikit saja, maka kami dan anak-anak kami semua akan dibunuh dan setelah itu rumah-rumah kami dibakar," tuturnya. "Mereka membakar rumah kami dengan bom-bom molotov yang sudah tersedia."



Bukan sahaja rumah, malah masjid-masjid turut dibakar. Tidak ada masjid yang boleh berdiri tegak di wilayah Muslim Rohingya. Masjid-masjid dibakar setelah mereka dapati ada Muslim Rohingya yang memasuki masjid. Kerana itulah mereka melarang Muslim memasuki masjid, melarang solat di masjid, sehinggakan tidak ada yang berani datang ke masjid.

Lebih teruk lagi, masyarakat Muslim Rohingya juga dilarang makan. Mereka akan menangkap Muslim Rohingya jika didapati sedang memasak. Mereka ingin melihat Muslim Rohingya tidak memiliki makanan. Mereka melarang Muslim membeli makanan atau bahan-bahan memasak. Menurut Rafiq, mereka pernah tidak makan selama dua bulan. Akhirnya ada di antara mereka yang terpaksa memakan batang pokok pisang untuk hidup.

Bolehkah masyarakat Muslim Rohingya selamat dan mengelakkan diri daripada menjadi mangsa kekejaman mereka?. Ya, boleh, asalkan anda bersedia menggantikan keimanan anda menjadi Buddha. "Ini barulah selamat," ujar Rafiq ketika menceritakan kisah penderitaan mereka dengan ditemani seorang lagi pelarian, Din Muhammad
PULAKDAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan