Home Klik Di Bawah

Sabtu, 18 Ogos 2012

Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum
Hi semua
Memandangkan esok dah nak raya, hari ni anis nak share panduan solat sunat hari raya
Kot2 lah ade yang dah terlupa, tak pun ada adik2 kita yang baru nak belajar solat raya ni kan...

Solat hari raya ni sunat dan dilakukan selepas naik matahari pagi sehingga sebelum masuk waktu zohor secara berjemaah...
 
 
 
 
 

Mula-mula sekali, lafaz takbir :

اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَر ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَر أللهُ أَكْبَر وَِللهِ الْحَمْدُ . اللهُ أَكْبَر كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهً وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْن . لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ ، صَدَقَ وَعْدَهُ ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ ، وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ


Angkat takbir beserta niat :

أُصَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى


MaksudSahaja aku sembahyang sunat hari raya aidilfitri 2 rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala

Kemudian, baca doa Iftitah. Disusuli pula dengan mengangkat takbir sebanyak 7 kali dan dibaca tasbih setiap kali selepas takbir
bacaan tasbih :

Kemudian, baca surah al-Fatihah dan surah dari al-Quran seperti al-Kafirun, lepas tu solat lah seperti biasa sehingga ke rakaat kedua

Pada rakaat kedua pula, takbir sebanyak 5 kali dan dibaca tasbih setiap kali selepas takbir seperti rakaat pertama tadi
Kemudian, baca al-Fatihah dan surah dari al-Quran seperti al-Ikhlas, lepastu teruskan solat seperti biasa sehingga memberi salam

Lepas selesai solat, imam akan membacakan khutbah hari raya

Lepas dah selesai solat sunat hari raya, baru lah boleh nak beraya!
Jangan lupa dekat mereka yang dah pergi, ziarah lah mereka juga ya :)
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin
XOxo
 anisempoi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan