Penentuan Arah Kiblat
Arab kiblat ialah arah yang dihadap oleh umat Islam ketika mengerjakan solat iaitu Baitullah atau Kaabah. Menjadikan Baitullah itu sebagai kiblat adalah hukum yang jelas, berdasarkan firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Dan dari mana sahaja kamu keluar, palingkanlah wajahmu ke arah Masjidil Haram. Sesungguhnya ketentuan itu benar-benar sesuatu yang hak dari Tuhanmu. Dan Allah ttidak melupai apa yang kamu lakukan. (Surah al-Baqarah: 149)
Arah kiblat perlu ditentukan terlebih dahulu sebelum ibadah solat boleh dilakukan, kerana menghadap ke kiblat merupakan salah satu dari syarat sah solat. Dalam mazhab Syafie, terdapat dua keadaan berhubung hukum menghadap ke arah kiblat, iaitu:
- Bagi orang yang berada dekat dengan Kaabah, is wajib menghadap ke arah Kaabah itu sendiri secara yakin dengan melihatnya, atau menyentuhnya (bagi orang buta) atau dengan cara-cara lain yang boleh memberikan keyakinan.
- Bagi yang berada jauh dari Kaabah hendaklah ia menghadap ke arah ain Kaabah secara dzan bergantung kepada ijtihadnya.
- Bertanya kepada orang yang sudah mengetahuinya dan berpengetahuan, termasuklah penggunaan apa-apa peralatan yang dapat membantu.
- Jika tiada orang berpengetahuan dan boleh dipercayai, bolehlah berijtihad dengan menggunakan arah matahari, bintang, petunjuk mata angin dan sebagainya.
Di Tanah Arab, bintang utama yang dijadikan rujukan dalam penentuan arah ialah bintang Qutbi (bintang Utara), iaitu satu-satunya bintang yang menunjuk tepat ke arah utara bumi. Berpandukan kepada bintang ini dan beberapa buruj bintang lain, arah kiblat dapat ditentukan dengan mudah. Usaha untuk menentukan arah kiblat setepat mungkin adalah di antara aktiviti yang dilakukan oleh ahliahli falak Islam. Berbagai-bagai kaedah yang telah digunakan untuk menentukan arah kiblat.
Di antara usaha terawal dilakukan oleh Khalifah al-Makmun (813 M). Beliau memerintahkan supaya koordinat geografi Kota Makkah ditentukan dengan tepat supaya arah kiblatnya dari Baghdad boleh dikira. Seorang lagi Ali falak Islam yang terkemuka pada abad ke-11 M, iaitu Ibn Yunus telah menyediakan senarai arah kiblat dari Kaherah ke Makkah dalam jadualnya yang dikenali sebagai Hakimi Zij Ibn Yunus. Manakala al-Khalili (1375 M) dari Damsyik telah menyenaraikan arah kiblat hampir 3000 bandar-bandar Islam seluruh dunia . Semua rumusan trigonometri yang digunakan pada zaman tersebut masih kekal digunakan hingga sekarang.
Walau apa pun persoalan dalam usaha untuk mendapatkan arah kiblat yang tepat, kita haruslah memikirkan kesan selisih yang berlaku disebabkan ketepatan kaedah, masalah peralatan dan keupayaan teknologi manusia. Dengan keadaan saiz Kaabah berukuran 12 meter x 10.5 meter x 15 meter dan Kota Makkah seluas 26 km persegi, apakah kejituan sebenar yang diperlukan dalam penentuan arah kiblat? Jika dibandingkan jarak Malaysia ke Makkah yang jauhnya hampir 7100 km, sebarang selisih sudut sebesar 1 minit akan menyebabkan sasaran kiblat tersisih sejauh 2 km. Manakala selisih sebesar 1° akan menyebabkan arah kiblat tersisih sejauh 126 km.
Sebenarnya dengan peralatan secanggih mana pun, selisih arah kiblat tidak mungkin dapat dielakkan. Walau bagaimanapun, sesuai dengan langkah ijtihad semasa menentukan arah kiblat, setiap kaedah yang dipraktikkan mestilah diusahakan secara bersungguh-sungguh bagi mencapai ketepatan maksimum. Justeru itu, setiap individu muslim hendaklah mengetahui hukum berkaitan dengan penentuan arah kiblat dan kaedah-kaedah yang boleti dipraktikkan. Dengan ini, pengguna boleh memilih kaedah yang bersesuaian dengan kemudahan yang terdapat ataupun mengambil kira kepentingan sesuatu premis yang hendak ditetapkan arah kiblat.
Pertimbangan ini membolehkan arah kiblat ditentukan dengan ketepatan yang tinggi ataupun kurang bergantung kepada keupayaan individu yang berijtihad tentangnya. Walau bagaimanapun, sesuai dengan kemajuan teknologi, penentuan arah kiblat sesebuah masjid hendaklah dibuat mengikuti prosedur yang ketat, bermula dari kerja penandaan garisan asas masjid. Sesuatu yang merugikan sekiranya masjid yang dibina dengan harga berjuta-juta ringgit terpaksa dirobohkan sematamata kerana arah kiblat yang tidak tepat.
Manakala sebarang keraguan tentang ketepatan arah kiblat pula akan mencetuskan rasa kurang senang di kalangan jemaah sesuatu kawasan yang terbabit. Oleh itu penentuan arah kiblat bagi masjid dan surau hendaklah dilakukan dengan sebaik mungkin. Manakala bagi individu pula, mereka hendaklah berusaha mendapatkan arah kiblat yang betul di kediaman masing-masing.
Terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk menentukan arah kiblat. Dalam keadaan kita tidak mempunyai panduan lain, misalnya ketika bermusafir, arah yang ditunjukkan oleh buruj-buruj bintang dan matahari boleh dijadikan panduan untuk menentukan arah kibllat
Menggunakan Buruj-Buruj Bintang
Buruj bintang yang boleh dijadikan panduan untuk menentukan arah kiblat ialah buruj Orion (Al-Babadur). Tiga bintang berderetan dalam buruj ini iaitu Mintaka (δ Orionis), al-Nilam (ε Orionis) dan al-Nitak (ξ Orionis) boleh digunakan sebagai panduan arah kiblat. Buruj Orionakan berada di langit Malaysia ketika waktu Subuh pada bulan Julai dan kelihatan tinggi di langit pada waktu tengah malam pada bulan Disember. Pada bulan Mac dan mana yang berhampiran dengannya, buruj Orion akan berada di tengah-tengah langit ketika waktu maghrib. Arah kiblat boleh diketahui dengan mengunjurkan arah bintang tiga berderet berkenaan ke arah barat, lihat Rajah 6.1.
Fenomena Istiwa Matahari dengan Kaabah
Fenomena istiwa Matahari di Kaabah |
Menurut hisab, istiwa matahari di alas Kaabah akan berlaku setiap tahun pada 28 Mei pukul 5.16 petang waktu Malaysia dan sekali lagi pada 16 Julai pukul 5.28 petang. Berdasarkan fenomena ini umat Islam di Malaysia berpeluang untuk menentukan arah kiblat dari tempat masing-masing pada masa tersebut. Oleh kerana peristiwa ini berlaku waktu petang di Malaysia, maka bayang objek yang panjang ketika ini memudahkan penentuan arah kiblat dilakukan. Berdasarkan tarikh dan waktu yang dinyatakan tadi, penentuan arah kiblat boleh dilakukan dengan panduan berikut:
- Pilih tempat yang tidak terlindung dan cahaya matahari. Pacakkan satu tiang di semak arah kiblatnya.
- Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus. Anda boleh menyemaknya dengan menggunakan sebarang pemberat yang diikat pada hujung tiang berkenaan.
- Tepat pada masanya (jam 5.16 petang pada 28 Mei atau 5.28 petang pada 16 Julai), bayang yang ditunjukkan tiang tegak, bersamaan dengan arah kiblat. Oleh kerana matahari berada di langit barat, bayang tiang akan jatuh ke arah timur. Arah kiblat ialah arah yang bertentangan iaitu menghadap ke barat. Selain dari tiang yang anda pacakkan, semakan boleh juga dilakukan dengan menggunakan bayang yang ditunjukkan oleh tiang bendera, tiang lampu atau sisi-sisi rumah yang tegak.
Cara menyemak tiang supaya tegak dan lurus- al azim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan