Home Klik Di Bawah

Isnin, 20 Ogos 2012

Sejarah Warna Kiswah Kaabah Iaitu Kain Penutup Hitam Kaabah



Pada ka’bah kita sering melihat adanya Kiswah (kain / selimut hitam penutup Kaabah). Tujuan dari pemasangan kain itu adalah untuk melindungi dinding ka’bah dari kotoran, debu, dan panas yang boleh membuatnya menjadi rosak. Selain itu kiswah juga berfungsi sebagai hiasan ka’bah.

Menurut sejarah, Kaabah sudah diberi kiswah sejak zaman Nabi Ismail AS, putra Nabi Ibrahim AS.
 
 
 


Namun tidak ada catatan yang menyatakan kiswah pada zaman Nabi Ismail diperbuat daripada apa dan berwarna apa. Baru pada masa kepemimpinan Raja Himyar Asad Abu Bakr dari Yaman, disebutkan kiswah yang melindungi Kaabah diperbuat daripada kain tenunan.

Polisi Raja Himyar untuk memasang kiswah sesuai dengan tradisi Arab yang berkembang sejak zaman Ismail as diikuti oleh para penerusnya. Pada masa Qusay bin Kilab, salah seorang leluhur Nabi Muhammad yang terkemuka, pemasangan kiswah pada Kaabah menjadi tanggung jawab masyarakat Arab dari suku Quraisy.

Nabi Muhammad SAW sendiri juga pernah memerintahkan pembuatan kiswah dari kain yang berasal dari Yaman. Sedangkan empat khalifah penerus Nabi Muhammad yang termasuk dalam Khulafa al-Rasyidin memerintahkan pembuatan kiswah daripada kain benang kapas.

Sementara itu, pada era kekhalifahan Abbasiyah, Khalifah ke-4 al-Mahdi memerintahkan supaya kiswah dibuat daripada kain sutera Khuz. Pada masa pemerintahannya, kiswah didatangkan dari Mesir dan Yaman.

Menurut catatan sejarah, kiswah tidak semestinya berwarna hitam pekat seperti saat ini. Kiswah pertama yang dibuat dari kain tenunan Yaman berwarna merah dan berjalu-lajur. Sedangkan pada masa Khalifah Mamun ar-Rasyid, kiswah dibuat dengan warna dasar putih. Kiswah juga pernah dibuat berwarna hijau atas perintah Khalifah an-Nasir dari Bani Abbasiyah (sekitar abad 16 M) dan kiswah juga pernah dibuat berwarna kuning berdasarkan perintah Muhammad bin Sabaktakin.

Penggantian kiswah yang berwarna-warni dari tahun ke tahun, rupanya mengusik benak khalifah al-Mamun dari Dinasti Abbasiyah, hingga akhirnya memutuskan bahawa sebaiknya warna kiswah itu tetap dari masa ke semasa iaitu hitam. Hingga saat ini, kiswah diganti setiap tahun, tetapi warnanya tetap hitam.

Pada era keemasan Islam, tanggung jawab pembuatan kiswah selalu dilakukan oleh setiap khalifah yang sedang berkuasa di Hijaz, Arab Saudi pada setiap masanya. Kiswah selalu menjadi tanggung jawab para khalifah, beberapa raja di luar tanah Hijaz pernah menghadiahkan kiswah kepada pemerintah Hijaz.

Dulu, kiswah yang diperbuat daripada sutera hitam pernah didatangkan dari Mesir yang biayanya diambil dari Pemerintahan Kerajaan Mesir. Tradisi penghantaran kiswah daripada Mesir ini bermula pada zaman Sultan Sulaiman yang memerintah Mesir pada sekitar tahun 950-an H sampai masa pemerintahan Muhammad Ali Pasya sekitar akhir tahun 1920-an.

Setiap tahun, kiswah-kiswah indah yang diperbuat di Mesir itu dihantar ke Makkah melewati jalan darat menggunakan tandu indah yang disebut mahmal. Kiswah beserta hadiah-hadiah lain di dalam mahmal datang bersama rombongan haji dari Mesir yang diketuai oleh seorang amirul hajj.

Amirul hajj itu dilantik secara rasmi oleh pemerintah kerajaan Mesir. Dari Mesir, setelah upacara serah terima, mahmal yang dikawal tentera Mesir berangkat ke terusan Suez dengan kapal khusus hingga ke Pelabuhan Jeddah. Setibanya di Hijaz, mahmal tersebut diarak dengan upacara yang sangat meriah menuju ke Mekah.

Penghantaran kiswah dari Mesir pernah terlambat hingga awal bulan Zulhijjah. Hal itu berlaku selepas meletusnya Perang Dunia I. Kelewatan penghantaran kiswah terjadi akibat suasana yang tidak selamat dan kondusif akibat Perang Dunia I.

Melihat situasi yang kurang baik pada saat itu, Raja Ibnu Saud (pengasas Kerajaan Arab Saudi) mengambil keputusan untuk segera membuat kiswah sendiri mengingat pada tarikh 10 Zulhijjah, kiswah lama harus diganti dengan kiswah yang baru. Usaha tersebut berjaya dengan pendirian syarikat tenun yang terdapat di Kampung Jiyad, Mekah
.
Selepas Perang Dunia I berakhir, Raja Farouq I dari Mesir kembali mengirimkan kiswah ke tanah Hijaz. Namun melihat akan pelbagai situasi pada saat itu, pemerintah Kerajaan Arab Saudi di bawah Raja Abdul Aziz Bin Saud memutuskan untuk membuat kilang kiswah sendiri pada 1931 di Makkah. Hingga akhirnya kiswah dibuat di Arab Saudi hingga saat ini.

Kain kiswah mempunyai keunikan dan keunggulan yang tersendiri. Pintalan-pintalan benang berwarna emas mahupun perak bersatu padu merangkai barisan kalam Ilahi. kiswah menjadi sangat berharga, bukan hanya kerana firman-firman Allah SWT yang suci yang dipintal pada kiswah, tetapi juga kerana keindahan dan eksotisme pintalan benang berwarna emas dan perak di permukaannya.

Perpaduan warna emas dan perak pada kaligrafi yang menghiasi kiswah tersebut memiliki nilai seni yang luar biasa. Sebab pembuatannya memerlukan skill dan bakat yang luar biasa kerana tidak semua orang mampu membuat seni seindah itu. Kiswah merupakan simbol kekuatan, kesederhanaan juga keagungan.
DENAI ISLAM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan