Home Klik Di Bawah

Ahad, 12 Ogos 2012

Tips Membeli Pakaian Raya

Raya_wishes_2_by_farmifahmi

Alhamdulillah, sedar tidak sedar bulan Ramadhan sudah 3 minggu dilalui, sudah hampir ke penghujung. Lebih kurang seminggu lagi kita semua bakal menyambut Syawal dengan perasaan gembira. Suasananya sudah mula terasa dengan bandar – bandar mula dipenuhi dengan orang ramai yang mula bershopping, mencari baju raya dan sebagainya.

Inilah saat paling bahagia bagi sesebuah keluarga. Keluar membeli belah bersama – sama, terasa manisnya ikatan kekeluargaan disaat menyambut syawal ini. Tidak kurang juga bagi mereka yang shopping secara online kerana kesibukan dan kekangan masa.

Persoalannya, selalukan kita berbelanja secara over tanpa disedari? Budjet lari? atau ditipu semasa shopping secara online?






Berikut saya kongsikan beberapa tips untuk bershopping pakaian raya:
.
Tentukan Budjet

Tentukan budjet anda. Pastikan ia bersesuaian dengan kemampuan anda, yang penting tidak keterlaluan. Contohnya, tetapkan budjet untuk membeli pakaian raya sekitar RM150, dan hanya bawa duit sebanyak itu sahaja ketika keluar mencari baju raya supaya kita tidak terlebih tanpa sedar. Lebih baik jika kos dapat dikurangkan, sekurang-kurangnya duit tersebut boleh digunakan untuk benda lain terutamanya kita yang masih belajar ( jangan dok bazir sangat duit PTPTN tu.. ).

Umumnya, dua pasang baju sudah memadai untuk berhari raya. =)

Merancang budjet sangat penting bagi mereka yang sudah berkeluarga dan berpendapatan sederhana. Pastikan tiada barangan yang tidak perlu dibeli. Barangan yang masih elok tidak perlulah diganti. Fikirkan keperluan. Oleh itu, elok untuk kita menyediakan senarai keperluan.

Bagi yang ada anak – anak, pilihlah baju yang sederhana dan sopan kepada mereka, supaya sampai masa untuk menutup aurat, mereka senang mengamalkannya. Baju kanak – kanak tidak perlu mahal sebab mereka tidak memandang kepada jenama pun. Marilah kita ajar mereka bersederhana sejak dari kecil.

Ya saya tahu banyak orang yang dapat bonus gaji sempena musim raya ini, banyak jualan murah. Tapi hukum membazir dan anjuran untuk bersederhana tidak berkecuali pada musim perayaan. Memang sunat memiliki baju baru, tetapi tidak perlu melampau – lampau.
.
Elakkan Hutang

Ini paling utama, elakkan hutang. Memang pada waktu ini adalah time ‘tauke direct’ selling berleluasa dengan slogan “ambik dulu bayar kemudian”.

Dengan tiba – tiba sahaja kawan kita melambakkan barang jualannya diatas meja kita, takkan nak tengok sahaja kan? Waktu ini, kebijaksaan kita dituntut agar membuat keputusan dengan bijak. Fikirkan tentang perbelajaan pada selepas musim perayaan. Mampukah kita membayar semua hutang tersebut tanpa menjejaskan perbelanjaan kita pada bulan yang berikutnya?

Ambil boleh. Tak salah. Tetapi lebih baik jika bayar cash.

Begitu juga dengan penggunaan kad kredit. Berhati – hatilah semasa swap kad tersebut. Kadang – kadang kita tak sedar hutang kita bertambah dengan cepat, sehingga mencapai limit. Berbelanja sehari, tetapi menanggung hutang berbulan – bulan. *saya memang tak galakkan penggunaan kad kredit

( menurut fakta daripada Bank Negara Malaysia, sebanyak 25% daripada pengguna kad kredit di Malaysia telah diisytiharkan bankrup @ muflis ) – rujuk sini untuk mengetahui hukum penggunaan kad kredit
 .
Bijak Memilih

Yang nampak cantik itu belum tentu sesuai dengan kita. Cuba dan padankan dahulu baju itu dengan kita. Pilih harga yang berpatutan dan sesuai dengan kualiti yang ditawarkan. Kadang – kadang sesetengah pakaian itu hanya mahal pada ‘jenama’ sahaja. Yang penting, pastikan ia menutup aurat in proper way ok? tak mau ketat2.. tak mau singkat2.. Berpakaianlah seperti muslimin dan muslimah sejati

Lebih bijak jika kita melakukan survey terlebih dahulu. Pada musim ini, banyak tempat membuat sale dan potongan harga yang menarik. Pilih tempat yang menawarkan harga terbaik. Ia dapat menjimatkan tenaga dan masa kita semasa membeli belah. ( larat ke nak shopping lama – lama bulan puasa ni? )

Beberapa tempat seperti Jalan Masjid India dan Jalan TAR di Kuala Lumpur menawarkan pelbagai barangan dan harga yang berpatutan. Yang penting bijak memilih =)

 .
Shopping Secara Online

Cara ini memang agak digemari oleh mereka yang sibuk dan tak ada banyak masa. Dan sudah menjadi trend terbaru masyarakat kita membeli secara “duduk & pilih depan komputer”. Tetapi malangnya, ramai pula terdengar kes mereka ditipu oleh penjual ini. Okey, ini ada beberapa langkah yang boleh kita ambil:
1. Simpan bukti / resit pembayaran
2. Pastikan kedai online yang dipilih adalah dipercayai dan diakui oleh ramai orang, iaitu mempunyai reputasi yang baik. Pastikan mereka memaparkan maklumat untuk dihubungi seperti no telefon & dll, alamat sebenar kedai mereka. Kalau boleh, sah kan sendiri dengan menghubungi mereka melalui telefon.
3. Paling senang, check facebook mereka. Lihat feedback atau testimoni pelanggan yang terdapat pada wall mereka. Biasanya pelanggan akan post sesuatu seperti inform barang sudah sampai @ tidak, rasa puas hati @ tidak dan sebagainya. Dari situ kita boleh menilai kredibiliti penjual tersebut. Jika komen yang diberi banyak yang positive, maknanya penjual itu jujur.
4. Sebaiknya ketahui saiz pakaian yang hendak di beli,supaya tidak tersalah saiz dan tidak rugi.

* Website yang ternama sekali pun tidak semestinya menawarkan service yang baik. Contohnya saya ada terbaca tentang komplen seorang pembeli dari website online shop ternama

Ada lagi?
Ingatlah sebaik – baik pakaian adalah taqwa. Dan itulah pentarbiyahan kita di bulan Ramadhan yang mulia ini. Jika anda ingin menambahkan apa – apa tips lagi, sila tinggalkan pada ruangan komen dibawah, nanti admin updatekan. Semoga kita dapat mengelakkan pembaziran di Bulan yang mulia ini
akuislam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan