Home Klik Di Bawah

Ahad, 9 September 2012

10 Gua Tercantik Di Dunia

Assalamualaikum...hari ni caer nak review tentang 10 gua2 tercantik di dalam dunia...pemandangan dalam gua ni bakal memukau pandangan sesiapa saja yang menyaksikan panorama alam yang sungguh mempesonakan ni..hehe..check it out !!

Gua Onondaga terletak di Leasburg , Messouri...gua ni merupakan state park yang ditubuhkan pada tahun 1982..menariknya taman ni menawarkan pelbagai aktiviti termasuk pelancongan gua , perkhemahan , memancing , hiking , perkelahan dan berenang

Gua Fingal merupakan gua laut yang terletak di kepulauan Staffa , Scotland...gua ni terbentuk seluruhnya dari medan hexagon basal yang bercantum...ini merupakan sebahagian dari aliran lava seperti di Giant Causeway di Ireland Utara...gua ni menghasilkan gema gelombang bunyi yang menakutkan sehingga diberi jolokan "uamh-binn (gua melodi)

Gua Underwater ni terletak di Fiji...menariknya gua ni mengandungi pelbagai ciri2 fizikal unik seperti stalaktit dan stalagmit dan mengandungi pelbagai flora dan fauna yang tidak pernah ditemui di tempat lain..walaupun berisiko kalau nak menyelam dan menyusur masuk dalam gua ni , penyelam skuba dan speleogist tetap berminat untuk mengkaji gua yang unik ni..cantik kan ?

Gua Kristal ni adalah antara yang paling terkenal dari gua Bermuda bawah tanah...gua ni terletak di Hamilton Parish , berhampiran dengan Castle Harbor...spesifiknya , gua ni terletak di Ave Wilkinson..gua ni terhasil daripada batu kapur dan mempunyai banyak saliran air bawah tanah sehingga membentuk kolam jernih yang sangat dalam..

Gua Lechuguilla merupakan gua kelima terpanjang (1261 batu , 203km) dalam dunia dan terdalam di Amerika Syarikat (1604 kaki , 489m)...gua ni terletak di Taman Nasional Carlsbad Caverns , Mexico..akses untuk masuk hanya dibenarkan bagi pengkaji saintifik yang diluluskan , penyelidik dan pasukan eksplorasi serta pengurus perkhidmatan Taman Nasional sahaja...

Gua Ice ni mengandungi sejumlah besar ais sepanjang tahun yang meliputi permukaan dinding gua...minimumnya sebahagian dari gua mesti mempunyai suhu di bawah 0° C (32 ° F) sepanjang tahun dan air mesti melalui zon sejuk gua...

Gua The Reed Flute adalah mercu tanda dan tarikan pengunjung di Guilin , Guangxi , China selama lebih dari 1200 tahun...gua ni merupakan gua batu kapur semulajadi dengan pencahayaan warna warni...nama gua ni diberi sempena nama buluh yang boleh dibuat menjadi seruling merdu...gua ni mengandungi sejumlah besar stalaktit , stalagmit dan bentuk batuan yang unik...istimewanya , dalam gua ni terkandung 70 inskripsi yang ditulis dengan dakwat di zaman Dinasti Tang...

Gua Skocjan Regional Park terletak di Karst Skocjan...pemandangan datar luas yang berada pada ketinggian antara 420-450m di bahagian tenggara daerah Karst...selepas mencapai kemerdekaan , Slovenia telah menjadikannya salah satu tempat kuasa pengelola iaitu badan layanan umum...

Gua Eisrisenwelt merupakan gua ais batu kapur semulajadi yang terletak di Werfen , Austria , sekitar 40km selatan Salzburg..gua ni terbentuk di dalam gunung Hochkogel di bahagian pergunungan Alp..ianya merupakan gua ais paling besar dalam dunia kerana jarak yang lebih 42km dan dikunjungi oleh sekitar 200 000 pelancong setiap tahun

Gua Giant Crystal adalah sebuah gua yang terletak di Mexico..ruangan utama gua ni mengandungi kristal selenite yang sangat besar pernah ditemui...gua ni kalau mengikut skala ialah berukuran 27m (89 ft) ketinggiannya dan 9 meter (30 kaki) lebarnya...gua ni sangat panas dengan suhu udara mencapai dan 58° C (136 ° F) kelembapan 90-99 %...gua ni masih belum diselidik kerana suhunya yang sangat ekstrem dan tahap kelembapan yang sangat tinggi...so orang2 yang masuk dalam gua ni hanya mampu bertahan kurang dari 10 minit sahaja jika tidak mempunyai sebarang alat perlindungan

P/s : sumber ni semuanya caer refer wikipedia kat search google engine..jadi kalau ada sebarang kesilapan pada fakta sila inform ye..insyaAllah caer akan betulkan..hehe...selamat membaca dan menambah ilmu...
 caersasuke




                                                                  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan