Penggunaan polisterin di kalangan rakyat tempatan bukannya baru dua atau tiga hari bermula. Kita sudah menggunakan bekas polisterin ini sejak zaman nenek moyang lagi.
Selalunya, tujuan utama kita menggunakan bekas polisterin adalah untuk memberi kesenangan terutamanya semasa mengadakan jamuan.
Ini kerana selain harganya murah, ia boleh dipakai buang dan tidak perlu dicuci. Malah, hampir kesemua peniaga yang menjual makanan menggunakan polisterin untuk membungkus makanan.
Namun adakah kita sedar yang sebenarnya polisterin ini amat bahaya?
Beberapa tahun dulu negara pernah kecoh mengenai isu ini sehingga memaksa kerajaan untuk mengharamkan penggunaan polisterin.
Namun ia hanya bertahan untuk beberapa bulan, selepas keadaan sudah reda, mereka mula menjual dan menggunakan bekas yang berisiko tinggi ini.
Penggunaan polisterin boleh mendedahkan pengguna kepada masalah kesihatan khususnya kanser.
Selain itu, polisterin yang mengandungi bahan kimia stirena dan benzena boleh menjejaskan alam sekitar kerana ia sukar terurai, malah mungkin mengambil masa 500 tahun untuk dimusnahkan secara alam semula jadi.
Menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mereka mengelaskan stirena sebagai bahan karsinogen kumpulan 2B iaitu agen penyebab kanser kepada manusia.
Bahan-bahan kimia daripada bekas itu akan menyerap ke dalam makanan dan kemudian ke dalam tubuh manusia.
Untuk pengetahuan umum juga, stirena adalah mutagen yang boleh mengakibatkan perubahan genetik yang berpotensi merosakkan sistem pembiakan.
Usaha pengharaman penggunaan polisterin haruslah menjadi perhatian semua pihak.
Sukar untuk mengharapkan masyarakat melakukan perubahan drastik jika tiada satu usaha agresif tidak dipraktikkan dalam menghapuskan penggunaan polisterin.
Oleh sebab itu, pihak berkaitan seperti Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar haruslah bekerja keras dalam merangka jalan penyelesaian dalam mengurangkan bekas makanan dan cawan polisterin.
Alam sekitar adalah anugerah dari Tuhan. Jadi ia menjadi tanggunjawab bagi semua umat manusia untuk menjaganya, bukan untuk memusnahkannya.
Selain itu daripada anda sihat walafiat nanti tidak pasal-pasal terkena penyakit.
Lebih baik mencegah sebelum terlambat! -
AAP - Nak mudah, nak senang malas susah-susah itulah puncanya. Tidak dapat tidak terkadang benda mudah itu ttp menyusahkan diri kita sendiri...
Wassalam, Wa'allahhualam
akuanakpahang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan