Open Minda:http://baca-blogspot.blogspot.com
Paparan Terbaik Open Minda Menerusi Mozilla Firefox,Opera, Google Chrome Dan Safari.
Home Klik Di Bawah
▼
Selasa, 18 September 2012
Bahaya Makanan Asam Dan Jeruk
Asam dan jeruk bukanlah makanan segar. Banyak khasiatnya yang telah terhakis semasa proses penghasilannya yang panjang
Oleh itu, khasiat yang biasanya terdapat dalam buah-buahan secara semulajadi seperti vitamin C TIADA di dalam asam dan jeruk
Ia mengandungi kandungan garam dan gula yang tinggi
Pengawet yang digunakan amat berbahaya kepada kesihatan
Pengawet seperti asid benzoik boleh memberi kesan kepada hati dan buah pinggang
Dalam sesetengah keadaan, pengilang menggunakan pengawet berbahaya. Contohnya jeruk dari Thailand menggunakan formalin (pengawet untuk mayat) supaya jeruk tahan lama
Pewarna yang digunakan boleh mengakibatkan alahan
Jika pewarnanya terlalu kuat, boleh mengakibatkan kerengsaan pada perut dan kulit
Namun, ramai mendakwa asam dan jeruk boleh menghilangkan pening dan mual dalam perjalanan dan mengatasi mabuk hamil
Asam dan jeruk yang diambil berlebihan semasa mengandungi ditakuti akan menjejaskan kesihatan diri dan kandungan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan