Home Klik Di Bawah

Rabu, 5 September 2012

Blue Marlin dan Dockwise, dua Kapal Terbesar di Dunia..

Blue Marlin merupakan kapal yang cukup luar biasa yang mana kapal ini mampu mengangkut kira-kira 22 buah kapal yang masing masing memiliki berat purata 3000 tan. Kapal raksasa ini sebenarnya memiliki keupayaan untuk mengangkut barang sehingga berat mencapai 75 ribu tan.

Kapal ini memiliki ukuran panjang 217 meter dan tingginya 42 meter. Deknya pula sangat luas iaitu dua kali ganda padang bola sepak. Miskipun dengan dengan saiz mega, kapal ini bagaimanapun mampu mencapai kelajuan maksimum sehingga 13 knot berenjin diesel bersamaan kekuatan 17 ribu kuasa kuda.

Rekod yang telah dipecahkan oleh Blue Marlin adalah ketika kapal ini berupaya mengangkut sebuah kilang minyak yang memiliki berat mancapai 60,000 ton yang dibawa dari Korea menuju Corpus Christi, Amerika Syarikat pada tahun 2004.






Blue Marlin yang siap dibina pada tahun 1999 bakal digantikan oleh Dockwise sebagai kapal terbesar daripada jenis yang mana mampu mengangkut beban sehingga 110,000 tan.

Blue Marlin

Dockwise

takusahrisau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan